BTC USD 51,024.3 Gold USD 1,780.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Melaka Pindah tetap di Melaka

hiduprakyat

Super Active Member
Messages
6,121
Joined
Dec 6, 2010
Messages
6,121
Reaction score
437
Points
91
Melaka Pindah tetap di Melaka

Alor Gajah: Penduduk Kampung Melaka Pindah tidak berkecil hati selepas rakaman video seorang lelaki yang 'mendakwa' Melaka sudah berpindah, merujuk kepada papan tanda kampung berkenaan, tular di media sosial.

Sidang kampung berkenaan, Muhammad Farid Ramli, 46, berkata, dia memahami maksud lelaki itu yang terkejut dengan nama kampung itu seolah-olah Melaka sudah dipindahkan.

Katanya, salah faham dan pertanyaan sering diajukan oleh siapa sahaja yang melalui kampung terbabit kerana kebiasaannya, mereka keliru dengan nama Melaka Pindah.

Menurutnya, nama kampung itu juga sering menjadi perbualan namun ia tetap unik dan menarik kerana sejarah tersendiri.

Beliau bagi pihak kira-kira 170 penduduk kampung tidak berkecil hati atau melenting dengan video berkenaan kerana memahami kekeliruan nama yang luar biasa terbabit.

"Berdasarkan sejarah, kampung ini dibuka oleh seorang pembesar kerajaan Melaka iaitu Datuk Paduka Seri Maharajalela yang berundur ke hulu sungai Melaka dengan pengikut-pengikutnya selepas Melaka dikalahkan oleh Portugis pada 1511.

"Mereka akhirnya membuka Kampung Melaka Pindah selepas mendarat di sungai Pengkalan yang terletak berhampiran kampung ini," katanya.

Jelasnya, perpindahan terbabit antara sebab kampung itu dikenali sebagai Kampung Melaka Pindah dan dipercayai menjadi antara pusat pentadbiran kedua selepas Kota Melaka.

Beliau berkata, papan tanda terbabit sebelum ini pernah patah dipukul ribut beberapa bulan lalu namun dibaiki semula sekali gus ia antara mercu tanda kampung unik berkenaan.

"Bualan berkaitan nama kampung kami turut membolehkan perusahaan dodol dan rempeyek yang diusahakan penduduk turuty dikenali," katanya.

Sementara itu, Norazman Mahadi, 55, berkata, ramai yang berhenti untuk merakam kenangan di papan tanda kampung dan lokasi menarik.

"Nama unik dan sejarah kampung ini menjadikan ia semakin dikenali. Saya harap kampung ini akan menjadi tarikan pelancongan," katanya.

Terdahulu, tular rakaman video berdurasi 43 saat berkaitan seorang lelaki dari Johor yang dalam perjalanan ke Klang, Selangor 'kecewa' kerana Melaka sudah berpindah.

Ketika itu, lelaki berkenaan singgah di masjid kampung berkenaan.

@hmetro.con.my
 
Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
Messages
161,938
Top Poster #4
Joined
Jan 13, 2009
Messages
161,938
Reaction score
22,066
Points
1,671
Masa pusing melaka awal tahun xsempat lalu sini. Bgmbar kt signboard tu penting
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register