BTC USD 61,656.6 Gold USD 4,263.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Melaka hasrat hasilkan vaksin

izack1981

Legendary Member
gem
Messages
10,374
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2007
Messages
10,374
Reaction score
61
Points
120
MELAKA 7 Ogos - Kerajaan negeri berhasrat menghasilkan vaksin sendiri bagi menangani penularan wabak selesema **** atau influenza A (H1N1) yang setakat ini mengorbankan empat penduduk negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, hasrat itu dijangka bakal terlaksana melalui kerjasama dengan dua syarikat bioteknologi dari India.

Menurutnya, peruntukan sebanyak RM2 bilion akan disalurkan bagi pembinaan dua buah kilang bioteknologi syarikat berkenaan di daerah Alor Gajah.

''Saya akan ke India untuk menemui saintis dari syarikat bioteknologi terbabit pada 19 Ogos ini bagi mendapatkan penerangan lanjut dan peluang kita bagi menghasilkan vaksin H1N1 ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada program lawatan kerja ke Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Ayer Molek di sini hari ini.

Katanya, pertemuan itu perlu diadakan bagi membolehkan pihaknya mendapat penjelasan terperinci daripada syarikat terbabit mengenai hak pelabelan dan kelulusan dari Amerika Syarikat yang sebelum ini berjaya menghasilkan vaksin sedemikian.
 
ek eleh....nak cekau duit rakyat.esok kat cna jwblahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
 
baik buat ubat untuk mati pucuk, lagi bagus.
 
Bukan nak perkecilkan angan2 dia, tapi kalau nak reka vaksin baru sendiri, makan bertahun2. Kalau dia nak ambik USA punya vaksin dengan rights to manufacture kat Malaysia, tu pun makan masa. Kena ingat vaksin sebelum ni ada yg membunuh lebih ramai, dari yg terbunuh sebab penyakit tu sendiri!!!
 
nak hasilkan vaksin nie mmg baguih...tapi apsal kos nie mahal nooo...bukanker negara kita bnyak herba2 yng baguih..ade kajian terbaru yng satu herba nie boleh hapuskan virus HIV..
nie pasal aper nie...nak buat kandang vabee utk kajian ker?
 
Back
Top
Log in Register