BTC USD 58,890.4 Gold USD 1,797.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Melaka bangun taman tema ala-Disneyland

wenn

Active Member
Joined
Mar 13, 2010
Messages
1,637
Reaction score
0
Points
20
2010/12/10- MELAKA: Sebuah taman tema ala-Disneyland dan Universal Studio akan dibangunkan di negeri ini dengan kos kira-kira RM300 juta dalam usaha membantu kerajaan meningkatkan industri pelancongan negara, khususnya di Melaka.

Projek Laman Seni Film City ini, akan dibangunkan Fine Leisure Development Sdn Bhd, anak syarikat Kumpulan Eurofine di tapak seluas 21.668 hektar di Bandar Hijau, Hang Tuah Jaya, berhampiran Plaza Tol Ayer Keroh.
Pengarah Urusan Kumpulan Eurofine, Ida Rahayu Md Noor berkata, projek itu yang diilhamkan pihaknya pada 2000, akan dimulakan pembinaannya awal tahun depan dan dijangka dapat disiapkan dalam tempoh tiga tahun.
Katanya, taman ini bakal menempatkan dua akademi berkaitan perfileman yang dilengkapi studio suntingan, grafik dan audio digital terkini, selain empat taman tema keluarga dan hotel berasaskan watak animasi terbitan Fine Animation Sdn Bhd, sebuah pusat beli belah dan dua laman rekreasi dan hiburan.

"Jika seluruh dunia sudah mengenali Disneyland, Universal Studio atau Legoland, syarikat kami meletakkan cita-cita supaya Laman Seni Film City bakal menjadi satu taman tema jenama Malaysia yang pertama dan terkenal di seluruh dunia dalam tempoh lima tahun akan datang.

"Projek ini juga adalah perancangan 10 tahun Kumpulan Eurofine," katanya selepas majlis menandatangani perjanjian pembelian tanah bagi tapak projek itu dengan Yayasan Melaka di Ayer Keroh, dekat sini, semalam.

Pada majlis itu, Kumpulan Eurofine diwakili oleh Ida; Pengerusi Kumpulan, Rina Mohd Harun dan Pengarah Bahagian Penerbitan Kumpulan, Azlina Din, manakala Yayasan Melaka diwakili dua ahli lembaga pengarahnya, Ibrahim Nordin dan Zaleha Bujang.

INFO;Berita Harian
 
Sponsored Post

Uzyr R

Super Active Member
Joined
Jul 23, 2008
Messages
7,750
Reaction score
86
Points
70
bagus tu..bertambah lagi daya tarikan kat melaka..
 

raventah

Fun Poster
Joined
Jul 27, 2008
Messages
682
Reaction score
1
Points
25
aduhh pak ali ni wat pe lagi...
tu eye of melake tu da jadi besi buruk la..(perkhidmatan diberentikan) - dgr cita kerajaan melaka x mampun byr kot?
still lagi nak wat taman disney..
melaka ini bagi aku da teruk sgt.. dak2 skolah form 1 da pandai masuk twister.. tu ko tgk ramai dak2 kecik pandai bershuffle
 

mohdridzuan®

Legendary Member
Paid Membership
Joined
Oct 16, 2008
Messages
11,852
Reaction score
40
Points
130
betul-betul maju melaka ni,
macam-macam projek besar muncul.
 

Muhammad_27

Super Active Member
Joined
Nov 8, 2007
Messages
7,914
Reaction score
86
Points
70
Sebenarnya program dan projek sebegini mendatangkan faedah pada pemerintah supaya anak muda rosak dan senanglah untuk pemiimpin kawal kalo orang2 muda rosak dan xde ilmu.. sebab ilmu ditutup dengan hidangan hiburan sebegini...
 

akubest83

Fun Poster
Joined
Nov 14, 2009
Messages
625
Reaction score
2
Points
15
wah, baguslah pak ali ni..macam-macam project dibuatnya nak tambah ekonomi melaka.
UMNO terus mara untuk rakyat Malaysia.. lalalallaa
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register