Melacur sara keluarga

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
ALOR STAR: Seorang wanita berusia 20 tahun yang ditahan dua kali dalam tempoh 10 hari di pusat maksiat murahan di bandar raya ini, mendakwa dia tiada pilihan kerana menjadi ‘ketua keluarga’ selepas suaminya ditahan polis baru-baru ini.

“Saya terpaksa melacur untuk membantu ibu yang sakit jantung menyara dua adik yang masih bersekolah selain mahu membeli susu anak,” rayu wanita terbabit ketika ditahan sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) dalam serbuan di Lorong Petani, dekat sini, malam kelmarin.

Pada serbuan jam 10 malam, pelacur berasal dari Jitra, kira-kira 30 kilometer dari sini itu baru selesai memuaskan nafsu seorang pelanggan di dalam hutan pisang di kawasan berkenaan.

Ketika disoal siasat pihak berkuasa, wanita itu mengaku memperoleh hasil sekitar RM60 bagi seorang pelanggan dan dia mampu melayan lebih daripada dua pelanggan pada satu malam jika terdesak untuk mendapatkan pendapatan.

Difahamkan, wanita itu pernah ditahan pada 31 Disember tahun lalu kerana kesalahan sama, tetapi nyata tidak serik apabila sanggup mengulangi perbuatan yang dicela Islam.

“Sebelum ini saya bekerja sebagai pembantu kedai makan dengan pendapatan hanya RM20 sehari tetapi ia tidak mencukupi,” katanya yang mendakwa suami kini ditahan akibat satu kes bunuh di bandar raya ini.

Wanita itu mendakwa dia terpaksa mencari rezeki untuk membantu menyara persekolahan adiknya yang masing-masing belajar di Tingkatan Satu dan Tiga manakala ibunya pula menghidap sakit jantung.

“Selepas suami masuk penjara beberapa bulan lalu, saya bertanggungjawab membeli susu bagi anak yang baru berusia setahun,” katanya.

Ketika ditemui Metro Ahad, wanita itu mengaku dia melakukan hubungan seks tanpa mengira kaum, termasuk Bangladesh dan bukan Islam, di kawasan itu semata-mata untuk mendapatkan wang.

Ketika serbuan kelmarin, beberapa pelanggan yang melakukan tawar menawar di dalam hutan belukar bersama pelacur murahan bertempiaran lari di atas landasan kereta api tanpa menghiraukan keselamatan nyawa mereka.

Seorang lelaki yang cuba menyorok di dalam semak di belukar itu gagal melarikan diri apabila turut ditahan anggota penguat kuasa yang berjaya menghidu tempat persembunyiannya.

Lelaki itu mendakwa datang ke situ hanya untuk berseronok dan sekadar melepaskan nafsu bersama pelacur kerana harga pelacur murah berbanding tempat lain.

“Saya tidak ada duit, sebab itu saya datang sini. Di sini lebih murah,” kata lelaki itu ketika disoal siasat penguat kuasa Jaik.

Lorong Petani di Jalan Teluk Wanjah, di sini, sememangnya terkenal sebagai tempat pelacuran murahan di negeri ini sejak berpuluh tahun lalu, walaupun pihak berkuasa, termasuk Jaik, pernah mengambil tindakan meroboh kawasan berkenaan, namun ia kembali aktif tidak lama kemudian.

Turut ditemui ialah beberapa kotak kondom yang dipercayai dibuang di tepi longkang selain barangan lain termasuk ubat nyamuk yang masih bernyala.

Tinjauan mendapati peralatan yang ada di kawasan yang kotor itu hanya sofa terpakai, tikar mengkuang dan khemah bagi menjalankan kegiatan seks.

Kalau dah terdesak memang dah tak boleh nak timbang dosa pahala...#:-S
 
Sponsored Post

eday84

CG Top Poster Club
Joined
Jan 10, 2009
Messages
27,695
Reaction score
146
Points
128
kefakiran membawa kepada kemungkaran
 

EzY-eLoaD

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Aug 1, 2008
Messages
12,747
Reaction score
18
Points
115
nak senang cpt,cm tu lah
 

GT

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Nov 14, 2008
Messages
38,557
Reaction score
245
Points
123
Teringat pulak aku kes pelacuran kat kandang Bab1 dulu....
 

EzY-eLoaD

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Aug 1, 2008
Messages
12,747
Reaction score
18
Points
115
ko asik teringat jek,ade paper ke nie
 

asrul07

Active+ Member
Joined
Jul 17, 2008
Messages
3,055
Reaction score
3
Points
25
xde yea duit x berkat tu bole membantu..
 

anoone

Legendary Member
Joined
Mar 26, 2008
Messages
12,410
Reaction score
60
Points
120
ni ikut fatwa dato mashitah nih....
 

bedul

Active Member
Joined
Nov 7, 2008
Messages
1,525
Reaction score
21
Points
25
malaysiaaaaaaaaaa...bolehhhhhhhhhhhh......~X(~X(
 
Sponsored Post
Top
Log in Register