BTC USD 27,669.1 Gold USD 1,975.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mekanisme baharu pembelian minyak diumum tahun depan

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,123
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,123
Reaction score
22,836
Points
1,831
Awards
1
image.jpg


SEPANG 26 Okt. – Kerajaan dijangka mengumumkan maklumat mengenai mekanisme baharu pembelian minyak dengan harga subsidi pada tahun depan selepas mendapat kelulusan Kabinet.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong berkata, kerajaan pada ini belum membuat sebarang keputusan tentang kaedah pembelian minyak RON95 bersubsidi sama ada melalui MyKad, pengesahan biometrik atau cara lain.

Tee Yong berkata, mekanisme pembelian minyak pada harga subsidi bagaimanapun tidak harus melibatkan terlalu banyak kerenah birokrasi sehingga menimbulkan isu yang lain.

Beliau berkata, kerajaan pada masa sama sedang melakukan kajian untuk menentukan golongan manakah yang dimaksudkan sebagai kumpulan berpendapatan tinggi dan siapakah yang layak menikmati pembelian minyak pada harga subsidi.

“Pelaksanaan subsidi mengikut pendapatan masih dalam tahap kajian dan kita juga berkomunikasi dengan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Saya berharap tiada orang yang salah faham dan menganggap mekanisme baharu sudah ditetapkan.

“Kementerian juga memerlukan kerjasama daripada Unit Perancang Ekonomi (EPU) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk melaksanakan kajian berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Keluarga Perbendaharaan di Paya Indah Wetlands, Dengkil di sini hari ini.

Beliau mengulas permintaan Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna-pengguna Malaysia (FOMCA) yang mahu kerajaan memberi definasi lebih jelas tentang golongan pendapatan tinggi yang dikatakan tidak lagi boleh membeli minyak pada harga subsidi mulai Jun tahun depan.

Tee Yong berkata, pemberian subsidi secara pukal merupakan keadaan yang tidak sihat untuk ekonomi negara pada jangka masa panjang dan perkara itu turut dipersetujui oleh badan-badan kewangan dan penilai dunia.

“Agensi penilai melihat subsidi Malaysia adalah sama dengan perbelanjaan untuk pembangunan. Ini tidak mendatangkan manfaat untuk jangka panjang.

“Pelaksanaan subsidi bersasar disokong oleh badan antarabangsa seperti Bank Dunia dan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF),” katanya.

Tambahnya, kerajaan menanggung perbelanjaan subsidi yang semakin meningkat dari tahun ke tahun dengan jumlah tersebut mencecah RM43 bilion pada tahun lalu.


- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nas...umum-tahun-depan-1.17223#sthash.3euSBpaI.dpuf
 
Top
Log in Register