BTC USD 28,520.8 Gold USD 1,963.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mekanik wanita sertai Tobaki Pink Racing

soybean

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
63,223
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2009
Messages
63,223
Reaction score
4,128
Points
661
Awards
1
MEKANIK-PINK.jpg
QISTINA BATRISYIA mempunyai pengalaman mengendalikan jentera serta enjin motosikal dan akan menyertai pasukan Tobaki Pink Racing musim ini.



PASUKAN Tobaki Pink Racing ingin terus memartabatkan golongan wanita dalam sukan permotoran di Malaysia apabila mengetengahkan mekanik wanita menjelang Kejuaraan Cub Prix Malaysia yang membuka tirai hujung minggu ini.

Lebih menarik, mekanik wanita tersebut, Qistina Batrisyia Mohd. Salleh yang berusia 18 tahun turut mempunyai pengalaman mengendalikan jentera serta enjin motosikal.

Prinsipal pasukan, Nur Atikah Azwar berkata, pihaknya terbuka untuk mencari golongan wanita yang aktif untuk terlibat dalam sukan lasak perlumbaan Cub Prix.

“Saya akui pasukan kami memang kekurangan mekanik dan tidak sangka iklan yang dikeluarkan baru-baru ini berjaya menarik minat golongan wanita untuk bersama kami.

“Lebih menarik, Qistina Batrisyia baru berusia 18 tahun dan menetap di Kuala Lumpur, malah turut bekerja bersama ayahnya yang mempunyai bengkel motosikal sendiri.

“Bukan itu sahaja, dia juga mahir dalam mengendalikan jentera.

“Sebelum ini, dia pernah dapat tawaran untuk berlumba pada Cub Prix, namun gagal selepas didapati usia terlalu muda.

“Jadi, saya rasa ini adalah pilihan terbaik untuk Qistina Batrisyia mengembangkan karier lebih jauh dan dia akan menyertai keluarga Pink Racing menjelang perlumbaan Cub Prix hujung minggu ini,” katanya kepada Kosmo! semalam

Selain mempunyai mekanik wanita, Tobaki Pink Racing juga mempunyai pelumba remaja wanita berusia 17 tahun, Nur Dini Uzma Abdullah yang bersaing dalam kategori Wira
 

CG Sponsors




Top
Log in Register