BTC USD 66,098.8 Gold USD 2,401.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MEKANIK TERSEPIT DI KEPALA LORI MENEMUI AJAL

hiduprakyat

Legendary Member
gem
Messages
15,638
Joined
Dec 6, 2010
Messages
15,638
Reaction score
991
Points
171
24496.jpeg
24499.jpeg
24502.jpeg


22.12.2023: Seorang mekanik di sebuah bengkel membaiki kenderaan dilaporkan telah tersepit di bahagian kepala lori ketika sedang melakukan kerja-kerja pembaikan terhadap kenderaan tersebut.

Kejadian itu yang berlaku di Jalan Tasek, Simpang Ampat, Pulau Pinang telah dilaporkan kepada JBPM Negeri Pulau Pinang pada jam 2.12 petang bagi membantu mengeluarkan mangsa.

Anggota Bomba daripada BBP Sungai Bakap telah bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan.

Menurut Komander Operasi, PBK II Mohd Safi@Roslan bin Abdullah, anggota Bomba telah menjalankan operasi menyelamat untuk mengeluarkan mangsa daripada kenderaan tersebut.

Namun, mangsa disahkan telah meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai KKM tidak lama selepas dikeluarkan daripada kenderaan tersebut.

Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan selanjutnya.

- Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia
 
Back
Top
Log in Register