BTC USD 60,144.3 Gold USD 2,579.17
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mekanik edar syabu hampir 200kg dijatuhi hukuman gantung sampai mati

notepad

Legendary Member
gem
Messages
15,664
Joined
Sep 17, 2011
Messages
15,664
Reaction score
2,141
Points
266
Awards
1
Tai Chee Khiong dijatuhi hukuman mati atas kesalahan mengedar dadah jenis syabu seberat hampir 200kg. - NSTP/Abdul Rahemang Taiming

Tai Chee Khiong dijatuhi hukuman mati atas kesalahan mengedar dadah jenis syabu seberat hampir 200kg. - NSTP/Abdul Rahemang Taiming

TAWAU: Mahkamah Tinggi Tawau hari ini, menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas seorang mekanik atas kesalahan mengedar dadah jensi syabu hampir 200 kilogram (kg) dua tahun lalu.

Hakim Datuk Dr Lim Hock Leng membuat keputusan itu ke atas Tai Chee Khiong selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Hock Leng ketika membacakan keputusan berkata, tertuduh mempunyai pengetahuan dan milikan secara langsung terhadap dadah jenis methamphetamine seberat 199,950.01 gram dan mensabitkannya dengan pertuduhan.


 
Sponsored Post

Edar 200kg Syabu, mekanik diperintah bela diri​


Isnin, 4 Disember 2023 | 4:52pm



Tai Chee Khiong (kanan) diperintah membela diri dalam kes edar methamphetamine seberat 199,950.01 gram.

Tai Chee Khiong (kanan) diperintah membela diri dalam kes edar methamphetamine seberat 199,950.01 gram.

TAWAU: Seorang mekanik diperintah membela diri oleh Mahkamah Tinggi, di sini hari ini, atas pertuduhan mengedar hampir 200 kilogram (kg) dadah jenis methamphetamine atau syabu, dua tahun lalu.

Perintah dikeluarkan Hakim Datuk Dr Lim Hock Leng selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie pada akhir kes

Berdasarkan kertas pertuduhan, Tai Chee Khiong, 51, didakwa mengedar dadah berbahaya jenis methamphetamine seberat 199,950.01 gram.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di kawasan Kampung Batu Payung dekat sini, pada 7.30 malam, 6 September 2021.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman mati atau penjara seumur hidup atau jika tidak dijatuhkan hukuman mati, dihukum tidak kurang 15 sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hurman Hussain yang menampilkan lima saksi sepanjang perbicaraan bermula 27 November lalu, manakala tertuduh diwakili peguam, Darmin Acok.

Mahkamah menetapkan esok untuk pembelaan.


 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register