Mekanik dipenjara miliki imej, video lucah kanak-kanak

CG Sponsors




mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
48,047
Reaction score
3,951
Points
201
KUANTAN: Seorang mekanik sambilan dihukum penjara enam tahun dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan memiliki dan menyimpan bahan lucah termasuk video pornografi kanak-kanak, minggu lalu.

Hakim Siti Aminah Ghazali turut memerintahkan Lim Ming Soon, 40, menjalani kaunseling dan diletakkan di bawah pengawasan polis selama tiga tahun serta dipenjara 12 bulan lagi jika gagal membayar denda.


Ming Soon didakwa memiliki, menyimpan imej dan video lucah berkenaan di dalam tiga unit pemacu pena, seunit cakera keras, telefon bimbit dan komputer riba miliknya, pada 1.30 tengah hari, 11 September lalu di rumahnya di Jalan Haji Ahmad di sini.

Dia dituduh mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya.

Tertuduh juga didakwa mengikut Seksyen 292(a)Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya kerana memiliki gambar dan video lucah pada masa, tarikh dan lokasi yang sama.

Pada prosiding itu, peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Rahiza Zulkifli yang mewakili tertuduh merayu anak guamnya hanya dikenakan hukuman ringan dengan alasan lelaki itu tidak mempunyai pendapatan tetap selain menjaga ibu bapa yang uzur.

Timbalan Pendakwa Raya Nasrul Hadi Abdul Ghani memohon mahkamah menjatuhkan hukuman maksimum sebagai pengajaran kepada tertuduh dan orang awam, mengambil kira kes itu membabitkan epentingan awam terutamanya golongan kanak-kanak. – BERNAMA

 
Sponsored Post

akudotcom

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,189
Reaction score
1,539
Points
151
Seb baik kapiaq
Kalau melayu islam
Memang kita kasi hentam
 
Sponsored Post
Top
Log in Register