BTC USD 38,253.6 Gold USD 1,818.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mekah: Jemaah Dipindah Demi Keselamatan

BasicCX

Super Active Member
Joined
Sep 8, 2008
Messages
6,223
Reaction score
172
Points
73
Jemaah Dipindah Demi Keselamatan

MEKAH, 10 Nov (Bernama) -- Pasukan Pertahanan Awam semalam memindahkan jemaah haji dari dua bangunan di Shab Amir di sini selepas pihak berkuasa mendapati pemiliknya telah membina dua tingkat tambahan tanpa permit.

Harian tempatan, the Saudi Gazette, menyebut Brig-Gen Jameel Arabaee, pengarah Pertahanan Awam di Mekah sebagai berkata bangunan itu terpaksa dikosongkan kerana tidak ada pihak dapat memberi jaminan bahawa tapak asas bangunan itu mampu menampung binaan tambahan tersebut.

Kesalahan itu dikesan oleh sepasukan petugas yang bertanggungjawab memeriksa keselamatan bangunan disewa boleh jemaah haji di Mekah.

Sehubungan itu, pihak berkuasa merampas wang sewa yang dibayar oleh jemaah, kata Arabaee, yang menegaskan Pertahanan Awam tidak akan membenarkan sebarang pelanggaran peraturan yang boleh membahayakan nyawa jemaah.

Beliau berkata pihaknya akan terus menjalankan pemeriksaan secara agresif dan telah meletakkan 300 petugas untuk menjalankan pemeriksaan sepanjang masa ke atas semua bangunan jemaah haji di Mekah.

Peraturan keselamatan ini dapat mengurangkan kadar kematian akibat bangunan runtuh sebanyak 70 peratus pada musim haji kali ini berbanding tahun-tahun sebelumnya, kata Arabee.

-- BERNAMA
 

CG Sponsors




Top
Log in Register