BTC USD 61,658.9 Gold USD 4,259.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mei Fun letak semua jawatan

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA LUMPUR - Datin Seri Paduka Chew Mei Fun (gambar) semalam mengumumkan keputusan melepaskan semua jawatan dalam MCA dan juga sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat selain sebagai seorang Senator bagi mengotakan janji untuk berbuat demikian jika Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek menjadi Presiden MCA.

Peletakan jawatan Mei Fun sebagai Ketua Wanita MCA dan Ketua Wanita MCA Selangor serta ketua skuad bantuan MCA itu berkuat kuasa serta-merta.

Mengenai jawatan dalam kerajaan, Mei Fun memberitahu pemberita, beliau akan menyerahkan surat melepaskan jawatan senator kepada Yang Dipertua Dewan Negara hari ini dan surat peletakan jawatan timbalan menteri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kedua-duanya berkuat kuasa pada 29 April ini.

Katanya, beliau hanya melepaskan jawatan parti dan bukannya meninggalkan MCA.

"Saya bukannya keluar parti kerana saya masih yakin terhadap misi dan matlamat parti. Saya akan terus berkhidmat kepada parti tanpa mengorbankan prinsip saya," katanya di sini semalam.

Mei Fun berkata, tindakannya itu adalah kerana beliau tidak dapat menerima apa yang berlaku dalam MCA yang telah menyebabkan budaya dan nilai Wanita MCA telah terhakis.
 
bagus datuk,manusia berpegang pada janji..berani cakap berani bertindak.
 
Chua Soi Lek... aku melayu, xmau komen lebih2..
 
Gambar? gambar yang mana satu ni?

ne_04.1.jpg
 
Back
Top
Log in Register