MediaTek Mengambil Alih Intel Enpirion Dengan USD85J

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,798
Reaction score
3,791
Points
236
MediaTek yang merupakan salah satu syarikat terkemuka dalam pembuatan cip pemproses mudah alih hari ini mengumumkan bahawa mereka akan membelanjakan sekitar 2.4 bilion yuan (~USD85 juta) untuk mengambil alih Intel Enpirion, produk cip pengurusan kuasa melalui anak syarikatnya – Richtek.

Melalui ini, MediaTek merancang untuk memperluaskan barisan produknya dalam menawarkan penyelesaian kuasa frekuensi tinggi dan kecekapan tinggi bersepadu. Ia digunakan dalam FGPA, SoC, CPU dan juga ASIC untuk sistem aplikasi peringkat perusahaan. Mereka juga percaya dengan ini dapat memperluaskan penawarannya dalam segmen ini seterusnya membantu dalam mengembangkan skala operasi, tingkatkan prestasi perniagaannya dan daya saing.

Selain itu, MediaTek sedang giat bangunkan perniagaan pelayan ASIC dan dilaporkan juga telah dapat arahan daripada Google untuk mengintegrasikan barisan produk Intel Enpirion. Dengan susun atur pelayan ini, MediaTek boleh menyediakan penyelesaian yang lebih lengkap terutamanya stesen pangkalan 5G. Pada Julai yang lalu, ADI turut umum pengambil alihan Maxim dimana syarikat itu menjangkakan peningkatan bahagian pasaran global sebanyak 14 peratus.

Menerusi ini, kita pasti akan dapat lihat pembaharuan yang akan dibawakan MediaTek pada masa hadapan.

intel-enpirion.jpg
 
Top
Log in Register