BTC USD 60,147.5 Gold USD 1,792.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Media medan promosi Islam: PM

demise_u

Super Active Member
Joined
May 11, 2008
Messages
6,049
Reaction score
101
Points
73
pix_gal0

NAJIB melepaskan anak panah pada logo besar TV AlHijrah pada majlis pelancaran rasmi TV AlHijrah di Pusat Penyiaran Digital TV AlHijrah di Pusat Islam, Kuala Lumpur, malam tadi. Ummah digesa kuasai media bagi perbetulkan persepsi negatif terhadap agama

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak menggesa umat Islam di negara ini menguasai media untuk memperbetulkan persepsi negatif terhadap agama itu dan bertindak memperkenalkan ajaran Islam sebagai agama yang betul, cantik dan menarik. Perdana Menteri berkata, tanpa promosi yang tersusun dan bersungguh-sungguh, Islam yang cantik, indah dan menarik itu akan gagal dihayati umat sejagat, lebih-lebih lagi dengan propaganda dilakukan pihak tertentu. “Kita harus perkenalkan Islam yang betul kepada dunia, Islam sudah mendahului semua pihak dalam perjuangan ke arah kesejahteraan dan keamanan sejagat.

“Usaha itu penting kerana sudah ada puak yang berjaya menggunakannya sebagai alat propaganda untuk memburukkan Islam secara terarah dan sistematik hingga berjaya memberi kesan dan menjadi fobia apabila nama Islam itu disebut.

“Keadaan tambah parah apabila usaha dilakukan masyarakat Islam untuk menangkis propaganda buruk ini kurang berkesan dan kegagalan ini berpunca kerana kurangnya keupayaan masyarakat Islam menguasai media,” katanya pada majlis pelancaran rasmi TV AlHijrah di Pusat Penyiaran Digital TV AlHijrah di Pusat Islam di sini, malam tadi.

Pada majlis itu, Najib secara simbolik melepaskan sebilah anak panah yang mengenai sasaran logo besar TV AlHijrah.
Stesen televisyen berkonsep keislaman itu memulakan siaran 1 November lalu dan kini memperluaskan siarannya apabila dilancarkan secara rasmi malam tadi sempena sambutan Maal Hijrah yang mempunyai kaitan dengan nama saluran itu.

Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Pengerusi TV AlHijrah, Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor.

Perdana Menteri berkata, penguasaan umat Islam dalam media pada masa ini, masih di tahap minimum dan usaha kurang kreatif menjadikan siarannya kurang menarik perhatian, terutama di kalangan remaja.

Beliau berkata, masyarakat dunia juga perlu didedahkan dengan pelbagai pengiktirafan Islam terhadap pemilikan harta individu tanpa mengira jantina, bangsa atau agama serta meletakkan wanita di tempat yang betul.

Katanya, perkataan Islamofobia juga tidak pernah wujud dalam kamus peradaban Islam sebelum ini, malah semua pihak boleh hidup bebas, aman, damai dan harmoni tanpa gangguan.

Beliau berharap, TV AlHijrah dapat memainkan peranan memperkenalkan ajaran Islam sebenar, berbanding stesen sedia ada milik kerajaan atau swasta yang meletakkan hiburan sebagai produk popular terutama di waktu puncak, sekali gus masyarakat Islam negara ini tiada pilihan.

Beliau berkata, TV AlHijrah juga boleh menjadi wahana perpaduan ummah negara dengan menjadi media pendidikan tidak formal, selain diharap dapat memperkenalkan ajaran Islam yang betul dan harmoni yang membawa kesejahteraan kepada masyarakat bukan Islam
 
Sponsored Post
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register