Medan baling kasut

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
SHAH ALAM: Stadium Malawati, di sini, bukan saja digegarkan dengan laungan kemarahan kekejaman rejim Zionis melakukan pembunuhan terhadap rakyat Palestin, malah menjadi medan balingan tepat ratusan pasang kasut terhadap patung dan poster Presiden Amerika Syarikat (AS), George W Bush dan Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert, semalam.

Poster dan patung kedua-dua individu terbabit yang diletakkan di luar pintu masuk utama stadium tertutup itu menjadi sasaran kemarahan lebih 5,000 peserta dengan ratusan pasang kasut dibaling tepat sejurus pidato berkaitan kekejaman Zionis itu berakhir.

Walaupun peserta perhimpunan diselubungi emosi kemarahan meluap-luap, tiada kejadian buruk berlaku, malah penganjur, Aman Palestin Berhad (Aman Palestin), juga meminta mereka tidak membakar bendera atau objek lain untuk mengelak kekecohan.

Acara baling kasut itu seolah-olah mengulangi keberanian ditunjukkan wartawan Iraq, Muntazer al-Zaidi yang membaling kasut kepada Bush pada sidang media ketika beliau dalam lawatan rasmi ke negara berkenaan, Disember lalu.

Selain pidato, kempen mengutip sejuta tandatangan rakyat Malaysia sebagai bukti bantahan kekejaman Zionis turut diadakan sebelum ia diserahkan kepada Kedutaan AS.

Dalam masa sama, kempen akujanji untuk memboikot produk keluaran sekutu kuat Israel itu turut dijalankan.

Perhimpunan bermula jam 10 pagi itu disertai beberapa pemimpin politik kerajaan dan pembangkang yang bergabung tanpa mengira perbezaan fahaman politik bagi membantah dan mengutuk tindakan kejam Israel dan sekutunya, AS.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkor, Datuk Dr Zambry Abd Kadir, yang juga antara pemidato, menyumbangkan elaun wakil rakyat berjumlah RM5,000 kepada tabung bantuan Palestin.

Selain itu, Masjid Negeri Shah Alam menyumbangkan RM24,000 manakala Masjid Kampung Tunku pula sebanyak RM17,000.

Turut menyampaikan pidato, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mustafa Kamil Ayub, wakil Hamas, Naj Za Alsarhi, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Yusri Mohamad dan Pengerusi Aman Palestin, Abdullah Zaik Abdul Rahman.

Hadir sama, Ahli Parlimen Shah Alam dari Pas, Abdul Khalid Samad dan Datuk Bandar Shah Alam, Md Mazalan Mohd Noor.

Menurut Zambry, rakyat Malaysia tanpa mengira parti atau ideologi perlu bersama-sama bergabung membantah tindakan kejam rejim Zionis itu yang sehingga kini membunuh lebih 700 mangsa, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.

“Menjadi tanggungjawab kita sebagai umat Islam untuk menunjukkan kepada dunia yang kita benci kezaliman ini,” katanya.

Sapa pulak yang pi kutip balik kasut kasut tu..#:-S
 
Sponsored Post

EzY-eLoaD

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Aug 1, 2008
Messages
12,747
Reaction score
18
Points
115
ayoh beli la kasut baru untuk pesta kasut nie
 

EzY-eLoaD

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Aug 1, 2008
Messages
12,747
Reaction score
18
Points
115
baling kasut sekolah...hahahaha
 

fms

CG Top Poster Club
Joined
Feb 10, 2007
Messages
20,631
Reaction score
358
Points
141
Bush tau ke??
letak laa kat youtube..kasi hantar ke US..
 

M.Hanafi 94

Fun Poster
Joined
Jan 6, 2009
Messages
888
Reaction score
0
Points
10
Aduh..ni la Malaysia...patut buat cam Indon ngan negara2 lain...buat perhimpunan...pastu buat la solat hajat...dah x perlu buat benda2 camni...x de effect dah...sebab kita x berkuasa nak lawan diorang...kita kena la mintak kat Maha Berkuasa.....

___________________________________

YM : effie_rr
 

Burdok

Fun Poster
Joined
Jan 12, 2008
Messages
322
Reaction score
46
Points
20
Yupp sokong sangattt M.Hanafi 94..Cayok2
 

tEnuKLang

Super Active Member
Joined
Nov 6, 2007
Messages
5,656
Reaction score
3
Points
65
takde ke reformis yg nak bogel utk selesaikan masalah palestin nh?
 
Sponsored Post
Top
Log in Register