hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 21,219
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 21,219
- Reaction score
- 1,502
- Points
- 201
MCMC fail tindakan sivil terhadap telegram Edisi Siasat, Edisi Khas
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memfailkan tindakan sivil terhadap dua saluran di platform Telegram iaitu “Edisi Siasat” dan “Edisi Khas”.
Kedua-dua saluran itu dikenal pasti menyebarkan kandungan yang didapati melanggar peruntukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang berpotensi menghakis kepercayaan terhadap institusi awam negara serta menjejaskan ketenteraman masyarakat.
“Berikutan tahap pematuhan yang tidak memuaskan, MCMC telah memohon dan berjaya memperoleh perintah injunksi interim daripada Mahkamah Tinggi sebagai langkah terakhir bagi menghentikan penyebaran kandungan memudaratkan tersebut serta menghalang penerbitan semula kandungan-kandungan seumpamanya. Tindakan ini diambil demi memastikan kedaulatan
undang-undang ditegakkan dan kepentingan awam terus dilindungi,” menurut kenyataan media MCMC, hari ini.
Tambah kenyataan itu, pihak Telegram akan diberikan ruang sewajarnya untuk mengemukakan pembelaan selaras dengan prinsip keadilan dan hak asasi.
“MCMC sebagai badan kawal selia ingin mengingatkan bahawa semua penyedia platform media sosial bertanggungjawab terhadap kandungan yang diterbitkan di ruang digital masing-masing. MCMC tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang sama untuk platfform lain juga bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan pengguna terus terpelihara.
“MCMC kekal komited dalam memastikan ruang digital negara kekal selamat, beretika dan selari dengan undang-undang,” katanya.
Artikel
