BTC USD 32,462.4 Gold USD 1,795.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

McDonald's Malaysia terus bantu barisan hadapan

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
56,987
Reaction score
5,079
Points
721
KUALA LUMPUR: McDonald's Malaysia meneruskan usaha penajaan makanan sebagai sebahagian daripada sokongan berterusan kepada petugas barisan hadapan penjagaan kesihatan.


Menurut satu kenyataan hari ini, McDonalds's Malaysia memaklumkan ia telah menaja makanan kepada 70 hospital yang merawat pesakit COVID-19 setakat ini.


"Sudah lebih setahun sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di Malaysia. Semasa tempoh sukar ini, kerja seharian petugas barisan hadapan di negara ini membantu kita untuk kekal selamat dan kami ingin mengiktiraf kekuatan yang tidak berbelah bahagi ditunjukkan mereka.


"Justeru, kami komited untuk meneruskan sokongan menerusi inisiatif ini untuk tempoh yang lebih panjang, sehingga kami dapat menjangkau seramai mungkin petugas barisan hadapan," kata Pengarah Urusan merangkap Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia, Azmir Jaafar.

Azmir turut menghargai usaha pasukan restoran yang bertugas untuk menghantar makanan ke hospital-hospital, menggembirakan petugas barisan hadapan perubatan.


"Terima kasih banyak kepada pasukan restoran McDonald's yang telah terbabit dengan hospital dan memastikan petugas barisan hadapan perubatan menerima makanan mereka," katanya.


Menurut kenyataan itu, inisiatif oleh McDonald's Malaysia itu adalah kesinambungan daripada inisiatif #KitaBoleh, yang dimulakan semasa PKP pertama tahun lalu.


Sejak permulaan inisiatif ini, McDonald's Malaysia telah mengedarkan lebih 200,000 makanan kepada petugas barisan hadapan, jelasnya.


Konsep #KitaBoleh yang dimulakan McDonald's Malaysia menerusi platform media sosial bertujuan meningkatkan semangat seluruh rakyat Malaysia untuk terus bersatu dan mengekalkan semangat juang walaupun pada waktu-waktu yang sukar ini.


Menurutnya, #KitaBoleh juga adalah seruan oleh seluruh negara untuk menyanjung keberanian para petugas barisan hadapan yang bekerja tanpa mengenal erti penat lelah dalam memerangi pandemik COVID-19.


-BERNAMA

 

CG Sponsors




Top
Log in Register