jastho
Fun Poster
- Joined
- Nov 30, 2007
- Messages
- 756
- Reaction score
- 18
- Points
- 15
ALOR STAR 13 Nov. - MCA menyokong tindakan DAP membantah dasar kerajaan negeri Kedah mengenakan syarat kuota 50 peratus untuk bumiputera bagi projek perumahan di negeri itu.
"DAP perlu memberi tekanan dengan apa cara sekalipun supaya (kerajaan Kedah pimpinan) PAS mengkaji semula dasar itu kerana kuota 30 peratus telah lama dilaksanakan di negara ini," kata setiausaha MCA Kedah, Datuk Chong Itt Chew di sini hari ini.
Beliau berkata, MCA dari awal lagi menentang kuota baru itu yang diguna pakai untuk semua projek perumahan baru yang diumumkan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bulan lepas.
"MCA Kedah berharap penasihat DAP, Lim Kit Siang membangkitkan dasar baru itu di Parlimen," katanya bagi mengulas kenyataan Azizan semalam bahawa terpulang kepada DAP untuk keluar daripada Pakatan Rakyat jika tidak bersetuju dengan dasar baru itu.
Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia cawangan Kedah sebelum ini menyuarakan bantahan pelaksanaan dasar baru itu dengan alasan ahli-ahli sukar menjual kuota bumiputera.
"WAHAI ORG2 ISLAM MELAYU TAK KIRA DR PARTI MANA SEKALIPUN MASANYA SUDAH TIBA UTK KITA MEMIKIRKAN TENTANG MASA2 AKAN DATANG JIKA PERKARA SEBEGINI SEMAKIN DIBIARKAN...BERSATU"