MCA kecam usaha pembantu PM ambil Wangsa Maju

CG Sponsors




haudli

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jul 15, 2009
Messages
47,313
Reaction score
442
Points
136
Lu Wei Hoong
3:37PM Apr 10 2013

MCA Wangsa Maju menuduh Umno tidak mengamalkan 'semangat BN' dan mendakwa buktinya ialah usaha setiausaha politik Perdana Menteri, Datuk Shafie Abdullah, untuk "merompak" kerusi Parlimen Wangsa Maju daripada MCA.

Setiausaha Organisasi MCA Wangsa Maju, Lim Choon Hong berkata
Shafie (kiri) telah menjadi ketua BN Wangsa Maju dan "langkah seterusnya adalah mereka (Umno) akan mengambil kawasan pilihan raya kami".

Malah, Lim memberitahu satu sidang akhbar pagi ini bahawa ia tidak pernah pun dibincangkan dengan mereka.

Manakala timbalan ketua bahagian berkenaan, Ng Kiat Ling berkata MCA Wangsa Maju telah bekerja keras sejak bertahun-tahun di kawasan itu yang telah menjadi kerusi tradisi untuk parti itu di wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

"Anda (Umno) kini mahu mengambilnya (Wangsa Maju). Ini tidak adil kepada kami!" Kata Ng.

Wangsa Maju Umno telah mengintai kerusi itu sejak 2008 dan mahu Shafie, yang juga ketua Umno bahagian tersebut, bertanding di situ.

Jumaat lepas, Shafie menghadiri sesi solat dan makan tengah hari bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Wangsa Maju. Ini menimbulkan cakap-cakap bahawa Shafie telah mendapat restu kepimpinan Umno pusat untuk bertanding di Wangsa Maju.

Sejak minggu lalu, akhbar Cina membuat spekulasi bahawa MCA akan memberi laluan kepada Umno di beberapa kawasan Parlimen, termasuk Wangsa Maju dan Gelang Patah di Johor.

Bagaimanapun, Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek sehingga ini hanya mengesahkan bahawa Tronoh - sebuah kerusi DUN di Perak - akan "dipinjamkan" kepada MIC.

Presiden MCA itu menjelaskan justifikasi di sebalik keputusan ini di Facebook beliau, di mana beliau juga menggesa ahli MCA supaya bertenang dan mengelak daripada mensabotaj BN.

Spekulasi bertiup kencang untuk seketika bahawa MCA telah bersetuju Umno mengambil alih kerusi Wangsa Maju dan ini meningkatkan lagi rasa tidak puas hati dalam MCA di peringkat akar umbi.

Kira-kira 3,000 ahli MCA dan penyokong berkumpul di majlis makan
malam malam tadi, menuntut supaya ketua bahagian MCA Wangsa Maju, Yew Teong Look (kanan) dinamakan sebagai calon BN bagi kerusi tersebut.

Beberapa anggota parti meluahkan kemarahan mereka kepada presiden MCA kerana tidak memaklumkan kepada akar umbi mengenai dakwaan keputusan untuk memberikan kawasan tradisi MCA itu kepada Umno.

Perhimpunan merangkap makan malam itu yang diadakan di Danau Kota, Setapak, dianjurkan oleh kira-kira 80 organisasi tempatan.
 
Sponsored Post

usahOne

Super Active Member
Joined
Jan 16, 2007
Messages
7,192
Reaction score
11
Points
65
biaq depa gadu..pkra ini telah d jangka.. parlimen bndr tun razak pun dgr najeeb bg kat MCA so dato zahrin dah merajuk lalu letak jawatn terus...melayu umno yg rasis da pakat nk tumbangkan MCA terbaik.....
 

saxsor

Super Active Member
Joined
May 25, 2009
Messages
8,464
Reaction score
34
Points
70
gaduh ler korang....
 

dizket

Active+ Member
Joined
Feb 17, 2009
Messages
2,870
Reaction score
26
Points
30
Lu Wei Hoong
3:37PM Apr 10 2013

MCA Wangsa Maju menuduh Umno tidak mengamalkan 'semangat BN' dan mendakwa buktinya ialah usaha setiausaha politik Perdana Menteri, Datuk Shafie Abdullah, untuk "merompak" kerusi Parlimen Wangsa Maju daripada MCA.

Setiausaha Organisasi MCA Wangsa Maju, Lim Choon Hong berkata
Shafie (kiri) telah menjadi ketua BN Wangsa Maju dan "langkah seterusnya adalah mereka (Umno) akan mengambil kawasan pilihan raya kami".

Malah, Lim memberitahu satu sidang akhbar pagi ini bahawa ia tidak pernah pun dibincangkan dengan mereka.

Manakala timbalan ketua bahagian berkenaan, Ng Kiat Ling berkata MCA Wangsa Maju telah bekerja keras sejak bertahun-tahun di kawasan itu yang telah menjadi kerusi tradisi untuk parti itu di wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

"Anda (Umno) kini mahu mengambilnya (Wangsa Maju). Ini tidak adil kepada kami!" Kata Ng.

Wangsa Maju Umno telah mengintai kerusi itu sejak 2008 dan mahu Shafie, yang juga ketua Umno bahagian tersebut, bertanding di situ.

Jumaat lepas, Shafie menghadiri sesi solat dan makan tengah hari bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Wangsa Maju. Ini menimbulkan cakap-cakap bahawa Shafie telah mendapat restu kepimpinan Umno pusat untuk bertanding di Wangsa Maju.

Sejak minggu lalu, akhbar Cina membuat spekulasi bahawa MCA akan memberi laluan kepada Umno di beberapa kawasan Parlimen, termasuk Wangsa Maju dan Gelang Patah di Johor.

Bagaimanapun, Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek sehingga ini hanya mengesahkan bahawa Tronoh - sebuah kerusi DUN di Perak - akan "dipinjamkan" kepada MIC.

Presiden MCA itu menjelaskan justifikasi di sebalik keputusan ini di Facebook beliau, di mana beliau juga menggesa ahli MCA supaya bertenang dan mengelak daripada mensabotaj BN.

Spekulasi bertiup kencang untuk seketika bahawa MCA telah bersetuju Umno mengambil alih kerusi Wangsa Maju dan ini meningkatkan lagi rasa tidak puas hati dalam MCA di peringkat akar umbi.

Kira-kira 3,000 ahli MCA dan penyokong berkumpul di majlis makan
malam malam tadi, menuntut supaya ketua bahagian MCA Wangsa Maju, Yew Teong Look (kanan) dinamakan sebagai calon BN bagi kerusi tersebut.

Beberapa anggota parti meluahkan kemarahan mereka kepada presiden MCA kerana tidak memaklumkan kepada akar umbi mengenai dakwaan keputusan untuk memberikan kawasan tradisi MCA itu kepada Umno.

Perhimpunan merangkap makan malam itu yang diadakan di Danau Kota, Setapak, dianjurkan oleh kira-kira 80 organisasi tempatan.
gaduh la kome lagi mudah kerja PR
 

azam74

Legendary Member
Joined
Nov 16, 2011
Messages
10,864
Reaction score
136
Points
123
rasa ye umno akan bertanding kt wangsa maju, nampak ada poster2 gambar shafie abdullah..
 

mygol

Super Active Member
Joined
Apr 10, 2008
Messages
5,761
Reaction score
71
Points
70
masa ni kena tunjuk kemelayuan anda...wahai umno...
kalu x...anda dipergunakan oleh mca..
:D:)):)):))
 

Chainsaw

Active+ Member
Joined
Sep 23, 2010
Messages
2,952
Reaction score
4
Points
25
Ni ker yang tegolong dalam golongan merajuk dalam 24jam tuh? :eek:..jangan berpecah di last minute dah la..patut time ni la paling bersatu

Hidup BN!!!:))
 

faris_sn

Legendary Member
Joined
Oct 6, 2009
Messages
14,317
Reaction score
12
Points
115
1 kerusi utk PR nampaknya mudah disini...kene gomol lg BN disini...

Najibb oooo Najib
 

joee

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Oct 1, 2010
Messages
40,690
Reaction score
944
Points
161
mca ni dh kalah byk kerusi dlu lg mau demand...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register