MBSA Seru Pasang Jalur Gemilang Bermula 16 Ogos

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,006
Reaction score
3,505
Points
236
07.08.2020 - Shah Alam, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyeru pemilik premis perniagaan, sekolah, kawasan perumahan, bangunan kerajaan dan swasta memasang Jalur Gemilang bermula 16 Ogos ini sempena sambutan bulan kemerdekaan.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya berkata ia bertujuan memupuk semangat patriotik dan cintakan negara dalam kalangan warga kerja dan komuniti. Orang ramai dilarang menggunakan bendera yang lusuh dan koyak bagi menerapkan rasa bangga dan cintakan negara,” kata Shahrin Ahmad dalam kenyataan.

Shahrin berkata, bagi menyemarakkan sambutan kemerdekaan kali ke-63, MBSA turut melancarkan Kempen Kibarkan Jalur Gemilang 2020 dengan memasang bendera pada 30 kenderaan milik majlis dan pelbagai agensi.

Ia termasuk Jabatan Kerja Raya Selangor, Jabatan Pengairan dan Saliran, Tourism Selangor, Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara Selangor, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, Hospital Shah Alam dan Bomba Selangor.

Kempen berkenaan dirasmikan Datuk Bandar Shah Alam, Dato’ Haris Kasim di Dataran Shah Alam, Seksyen 14, di sini, semalam.

kibar-jalur-gemilang-960x640.jpg


Berita asal https://selangorkini.my/2020/08/mbsa-seru-pasang-jalur-gemilang-bermula-16-ogos/
 
Top
Log in Register