MBSA rancang bina terminal bas baru di Seksyen 13 Shah Alam

CG Sponsors




dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
21,198
Reaction score
1,590
Points
206

Amirudin Shari memberi penerangan kepada pelajar UITM berkenaan laluan baharu Bas Smart Selangor pada majlis Perasmian Terminal Bas Seksyen 17 Shah Alam & Pelancaran Laluan Tambahan Bas Smart Selangor SA04 ke UITM Shah Alam di Terminal Bas Seksyen 17, Shah Alam pada 18 September 2019. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI.
AGENSI PILIHAN MINGGUAN SELANGOR

by Norhayati UmorSeptember 18, 2019 6:41 pm

SHAH ALAM, 18 SEPT: Kerajaan Negeri mendukung usaha Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mewujudkan satu lagi terminal bas di Seksyen 13.
Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, cadangan berkenaan seiring dengan pembangunan pesat di kawasan itu.

“Selain Seksyen 17, kawasan di Seksyen 13 adalah kawasan yang rancak membangun dengan kewujudan institusi pengajian tinggi, perniagaan dan perumahan.
“Oleh itu, dengan kemajuan berkenaan menjadikan Seksyen 13 sebagai pusat tumpuan ketika ini dan dijangka terus membangun pada masa hadapan,” katanya.



Terminal Bas Seksyen 17, Shah Alam yang dirasmikan oleh Dato’ Menteri Besar Selangor pada 18 September 2019. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Terminal 17 dan Pelancaran Laluan Tambahan Bas Smart Selangor (SA04) Shah Alam ke Kampus UiTM, di Terminal Bas Seksyen 17, di sini.

Hadir sama, EXCO Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han dan EXCO Pembangunan Usahawan serta Pembangunan Luar Bandar, Desa dan Kampung Tradisi, Rodziah Ismail. Turut hadir Datuk Bandar MBSA, Dato’ Haris Kasim.

Sehubungan itu, Amirudin berkata, Kerajaan Negeri menyambut baik usaha pelaksanaan berkenaan dalam memberi kemudahan terbaik kepada penduduk Selangor.
“Pastinya usaha ini memerlukan perbincangan lebih lanjut antara pelbagai agensi lain. Bagi pihak Kerajaan Negeri, Kita tiada masalah,” katanya.

Terdahulu, Haris berkata, MBSA akan membuat perancangan untuk membina sebuah lagi terminal bas di Seksyen 13 menerusi Rancangan Malaysia ke 12.

sumber - https://selangorkini.my/2019/09/mbsa-rancang-bina-terminal-bas-di-seksyen-13/
 
Sponsored Post

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
34,887
Reaction score
2,046
Points
206
selangor kaya takpelah.
nak buat terminal dekat setiap seksyen shah alam tu pun tak kisah.
 

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
21,198
Reaction score
1,590
Points
206
Den stuju buek kek situ (tompek bas sementara dulu) blkg stadium sk13 sbb ruang paking yg luas dan akses kluar masuk banyak utk bas n kreta. Dkt masjid dan giant. Bustand sk17 agak kecik n sempit laluan kluar masuk walaupun dh bina baru.
 

rasyid.ahmad

Fun Poster
Joined
Feb 15, 2017
Messages
241
Reaction score
74
Points
20
aku sokong kalau terminal bas ada di seksyen 13 macam terminal sementara dulu
lepas ni LRT 3 pun ada stesen kt stadium
komuter terdekat stesen Batu 3
mudah utk akses dari highway Guthrie, NKVE/Elite, Federal
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,756
Reaction score
3,573
Points
236
hentian bas 17 lengang .. kena tunggu musim cuti baru pack skit .. tp kena majukan kawasan parking tu amat terhad
 

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
21,198
Reaction score
1,590
Points
206
hentian bas 17 lengang .. kena tunggu musim cuti baru pack skit .. tp kena majukan kawasan parking tu amat terhad
Betul bro. Maso musim cuti rayo etc atau time budak2 u nk blk u naik bas, jem bustand 17 ni. Den suko maso bustand pindah ke sk13, lapang giler
 
Sponsored Post
Top
Log in Register