MBSA Periksa 4,113 Premis, 783 Di Kompaun

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,714
Reaction score
3,774
Points
236
24.11.2020 - Shah Alam, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memantau 4,113 premis perniagaan bagi memastikan tatacara operasi piawai (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dipatuhi. Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya berkata daripada jumlah itu sebanyak 104 notis amaran dikeluarkan dan 783 premis dikompaun mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).

“Premis tersebut juga dikenakan tindakan mengikut Undang-Undang Kecil (UUK) Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian, UUK Iklan, UUK Pengendali Makanan dan UUK Establisymen Makanan, ” kata Shahrin Ahmad ketika dihubungi.

Shahrin berkata MBSA turut memperluaskan aktiviti nyah cemar di premis kediaman, balai polis, pusat komersial sebagai usaha mengekang penularan Covid-19. Menurutnya, MBSA berharap masyarakat cakna terhadap langkah pencegahan penularan jangkitan Covid-19 demi menjaga kesejahteraan penduduk.



Berita asal https://selangorkini.my/2020/11/mbsa-periksa-4113-premis-783-dikompaun/
 
Top
Log in Register