MB Selangor nafi letak jawatan

Recommended Brokers


balqis07

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
PELABUHAN KLANG: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan dakwaan beliau melepaskan jawatannya bagi memberi laluan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, berita berkenaan hanyalah spekulasi semata-mata.


"Sebagai Menteri Besar, kalau apa pun dia (Menteri Besar) nak buat atas jawatan itu, mesti dapatkan nasihat daripada Duli Maha Mulia Sultan. Tidak boleh membelakangkan Sultan.

"Saya harap perkara ini (sekiranya berlaku), akan dibuat dengan penuh tertib kerana institusi Raja akan bertanya, kenapa Menteri Besar buat kenyataan atau spekulasi ini," katanya pada sidang media selepas Majlis Pemberian Limau Sempena Tahun Baharu Cina, di sini, hari ini.



SUMBER: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MBSelangornafiletakjawatan/Article/?bh
 
Top
Log in Register