BTC USD 61,649.4 Gold USD 4,222.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MB Perak Negatif Covid-19

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,459
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,459
Reaction score
7,735
Points
916
30.04.2021 - Ipoh, Menteri Besar Perak Saarani Mohamad disahkan negatif Covid-19 berdasarkan keputusan ujian saringan yang diperoleh hari ini. Menurut kenyataan Pejabat Menteri Besar Perak, Saarani menjalani ujian berkenaan pada 2.30 petang semalam dan menerima keputusan ujian tersebut pada 4.30 petang tadi.

"Bagaimanapun, beliau akan terus menjalani kuarantin hingga 3 Mei ini seperti dijadualkan dalam Perintah Pengawasan dan Pemantauan di Rumah (HSO) yang diberikan Kementerian Kesihatan Malaysia," demikian menurut kenyataan itu.

Saarani dijadual kembali bertugas pada 4 Mei ini selepas menjalani kuarantin selama 11 hari berikutan dikesan sebagai kontak rapat kepada pesakit yang disahkan positif Covid-19. Saarani menjadi antara kontak rapat dengan individu berkenaan ketika menghadiri satu program di Lenggong pada 23 April lepas.

Screenshot-93.jpg

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/572884
 
Back
Top
Log in Register