MB Perak akan saman suara Keadilan RM100 juta

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir akan menyaman akhbar Suara Keadilan sebanyak RM100 juta berhubung artikel yang disifatkan beliau sebagai fitnah keterlaluan.

Katanya, beliau sudah berbincang dengan peguamnya bagi mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar itu yang melaporkan berita tanpa mengikut etika kewartawanan dan prinsip pemberitaan.

"Pada mulanya, cadangan adalah untuk saya menyaman mereka RM 1 atau 5 sen tetapi memandangkan pemimpin akhbar itu suka saman orang dengan nilai RM100 juta, jadi kenapa tidak saya saman RM100 juta juga?," katanya kepada pemberita selepas menyertai program gotong-royong bersama-sama Majlis Bandaraya Ipoh di Kampung Tai Lee di Buntong di sini, hari ini.


Sebelum ini, katanya, beliau tidak pernah mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar berkenaan yang menggunakan bermacam-macam gelaran serta menulis pelbagai laporan palsu yang menyimpang bertujuan memburukkan kerajaan negeri pimpinannya.

"Tetapi dengan pembohongan yang keterlaluan dalam artikel keluaran terbaru mereka, sudah tiba masanya untuk saya bertindak," katanya.

Zambry berkata, akhbar itu sepatutnya lebih bertanggungjawab dalam menulis berita atau laporan kerana ia turut mencerminkan kredibiliti Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Akhbar ini membuat pembohongan besar apabila melaporkan saya ditahan di Lapangan Terbang San Francisco di Amerika Syarikat, disiasat, disyaki pengganas dan kemudiannya dihantar pulang ke Malaysia...laporan terbabit tidak benar sama sekali dan ia jelas fitnah semata-mata," katanya. - Bernama
 
Sponsored Post

fido1

Banned
Joined
Oct 25, 2009
Messages
7,268
Reaction score
339
Points
81
saman jgn tak saman..bnda2 ni berani la org bn saman...cuba pasal kes c4 tu..saman la kalo brani..kui3 stakat sumpah2 xe jadik kudis la..mcm sumpahan org minyak..ngeeee sebab sumpah2 la kerajaan malaysia duet da takdakk
 

yinbyungheon

CG Top Poster Club
Joined
Jul 12, 2006
Messages
36,821
Reaction score
856
Points
161
bagus!...boleh tgk apa yg akan jadi dgn mb haram J ni...:))
 

sconsult

CG Top Poster Club
Joined
Dec 10, 2007
Messages
22,646
Reaction score
655
Points
161
teruskan saman....memeriahkan lagi suasana politik...
 

gOdFeLLa

Senior Member, InstaForex Official, Introducing Br
Platinum Member
Joined
Jan 4, 2007
Messages
9,441
Reaction score
401
Points
81
Suspect Nigerian scammer :eek:
 
Sponsored Post
Top
Log in Register