BTC USD 63,454.8 Gold USD 1,743.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MB Pahang arah aktiviti lombong emas di Kenchau dihentikan

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
12,869
Reaction score
2,143
Points
201
MB arah aktiviti lombong emas di Kenchau dihentikan
NORAWAZNI YUSOF | | 26 Februari 2021
Ahad | 28 Februari 2021
984135.jpg

KUANTAN - Kerajaan Pahang mengarahkan semua aktiviti melombong emas di kawasan Kenchau, di Lipis dihentikan serta-merta.
Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, arahan itu dibuat bagi mengelak keadaan tidak terkawal sehingga menyebabkan kerajaan Pahang kehilangan hasil pendapatan.
Menurutnya, bagaimanapun, mereka perlu mendapatkan lesen daripada pihak berkuasa bagi membolehkan aktiviti perlombongan emas dilakukan.
"Walaupun penduduk mendakwa mereka melombong di atas tanah lot hak milik sendiri, tetapi ia tetap menyalahi peraturan dan peruntukan undang-undang. Ini kerana hasil mineral tertakluk kepada hak kerajaan Pahang.
"Jadi, saya mahu mereka hentikan aktiviti melombong sebelum dikenakan tindakan undang-undang yang akhirnya boleh menyusahkan mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Imunisasi Covid-19 Pahang di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, di sini pada Jumaat.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendedahan yang dibuat sebuah akhbar tempatan pada Rabu mengenai aktiviti perlombongan emas di kawasan Kampung Kechau, Lipis.
984134.jpg

Wan Rosdy (duduk) selepas menerima suntikan vaksin Covid-19 di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan pada Jumaat.
Wan Rosdy menjelaskan, keputusan yang dibuat bagi memastikan kepentingan semua pihak terjaga dan kerajaan tidak kejam terhadap rakyat.
"Kita mengambil tindakan kerana kerajaan negeri juga perlu melihat kepada isu membabitkan kepentingan rakyat. Kalau ada isu atau laporan mengenai masalah pencemaran air yang sangat dahsyat dan ia berpunca daripada aktiviti melombong emas, jadi kerajaan negeri perlu bertindak.
"Jadi, setiap keputusan yang dibuat telah mengambil semua faktor demi kepentingan bersama," katanya.
Mengulas mengenai status permohonan pemilik tanah yang memohon lesen pelombong kecil (LPK) daripada kerajaan Pahang, Wan Rosdy berkata, perkara itu perlu diteliti memandangkan terdapat permohonan dikemukakan membabitkan 10 hingga 15 penama pada satu geran yang sama.
"Jadi, hal macam ini kena teliti terlebih dahulu dan kalau boleh, kita keluarkan lesen," katanya.
© 2018 All Rights Reserved • Karangkraf Group • © 2018 Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf
 
Sponsored Post

lau_kau

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Aug 2, 2007
Messages
10,300
Reaction score
1,320
Points
201
Xperlu teruskan ja....pi ambik perintah mahkamah dl....satgi ada pihak yg akan tolong....kami dh buat aktiviti nie berpuluh tahun dh....nk cukai bgtau ja la hahaha
 

kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Apr 18, 2010
Messages
37,866
Reaction score
2,721
Points
206
Xperlu teruskan ja....pi ambik perintah mahkamah dl....satgi ada pihak yg akan tolong....kami dh buat aktiviti nie berpuluh tahun dh....nk cukai bgtau ja la hahaha

tak boleh buat apa.
dah termaktub jelas dalam seksyen 40 Kanun Tanah Negara 1965.
 

chip555

Active Member
Joined
Dec 3, 2007
Messages
2,320
Reaction score
195
Points
43
Dengar tu..... kalau jumpa emas kat tanah sendiri tu hak kerajaan, kalau jumpa pokok Ganja, popi atau pokok ketum kat tanah sendiri ..... haaa..... tu baru kau punya :D:D:D
 

zari83

Active+ Member
Joined
Nov 24, 2011
Messages
3,012
Reaction score
689
Points
81
senyap2 sudah... ada la tu yg kaki report.. hehe
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register