BTC USD 32,882.4 Gold USD 1,776.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MB lawat gadis jual nasi lemak anak dara

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
154,857
Reaction score
21,202
Points
1,671
NASI%2BLEMAK.jpg

Ketika disaman penguatkuasa tempoh hari.

Untitled.png

image.jpg

Mohamed Azmin menyerahkan melawat gerai Nasi Lemak Anak Dara.

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali melawat gerai milik seorang gadis penjual nasi lemak yang viral baru-baru ini di Seksyen 7.

Siti Hajar Ahmad, 24, sebelum ini dikenakan kompaun RM2,000 dari pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) selepas kisahnya yang berniaga Nasi Lemak Anak Dara viral di media sosial.

Memetik Selangor Kini, kunjungan Mohamed Azmin adalah sebagai tanda sokongan kepada Siti Hajar yang menjalankan nasi lemak bagi menampung kehidupannya selepas tamat pengajian di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dalam jurusan Kejuruteraan Elektronik.

Azmin turut menyerahkan Borang Permohonan Lesen Penjaja MBSA sebagai langkah permulaan kepada anak muda untuk menjalankan perniagaanya secara sah.


http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/azmin-lawat-gadis-jual-nasi-lemak-anak-dara-1.567950
 
Selepas dipromosi Najib, hampir 2,000 bungkus terjual dalam 4 hari

nasi_lemak_anak_dara2310_620_437_100.jpg


KUALA LUMPUR, 24 Okt — Rezeki peniaga ‘Nasi Lemak Anak Dara’ semakin mencurah apabila perniagaannya disebut perdana menteri pada Bajet 2017, Jumaat lalu.


Siti Hajjar Ahmad, 24, berjaya menjual hampir 2,000 bungkus nasi lemak di pesta makanan ‘Best Street Food Festival’ Shah Alam dalam masa empat hari, lapor Berita Harian.

"Saya terharu dan cukup berbangga apabila dijadikan model oleh pemimpin negara dalam pembentangan penting seperti itu dan boleh dikatakan jualan nasi lemak saya juga meningkat," katanya.

"Pada hari pertama (pesta makanan), 300 bungkus nasi lemak dijual, meningkat sehingga 600 bungkus pada hari kedua.

“Semalam (kelmarin) dan hari ini (semalam) hampir 1000 bungkus nasi lemak saya berjaya jual.”

Datuk Seri Najib Razak ketika pembentangan bajet mengulas kepelbagaian makanan termasuk perniagaan nasi lemak yang diusahakan Hajjar.

Katanya, walaupun usaha Hajjar memulakan perniagaan sesuatu yang digalakkan namun timbul rasa kasihan apabila gerainya disaman pihak berkuasa tempatan (PBT).

Graduan kejuruteraan elektronik itu semakin popular selepas dikompaun RM300 oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kerana tidak memiliki lesen perniagaan.


http://www.themalaymailonline.com/p...romosi-najib-nasi-lemak-anak-dara-makin-laris

Nasi lemak anak dara 'masuk' Bajet 2017

image.jpg


KUALA LUMPUR - Nasi Lemak Anak Dara yang diusahakan Siti Hajjar Ahmad, 24, meniti di bibir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika ucapan pembukaan Bajet 2017 di Dewan Rakyat, Parlimen, hari ini.


Najib berkata demikian ketika mengulas mengenai kepelbagaian makanan tempatan yang terdapat di negara ini.

"Saya ambil contoh makanan yang sedap dengan harga yang boleh tahan.

"Sebagai contoh, Nasi Kandar Vanggey. Dan terkini pula, saya dapat tahu tentang Nasi Lemak Anak Dara yang diusahakan oleh seorang graduan wanita muda universiti tempatan," katanya.

Dalam ucapannya, Najib turut menasihatkan masyarakat supaya berjimat cermat dan tidak makan di restoran yang mahal.

"Masih ada banyak restoran murah di negara ini dengan makanan yang sedap," katanya lagi.

Najib hari ini membentangkan Bajet 2017 di Dewan Rakyat bertajuk 'Menjamin Perpaduan dan Pertumbuhan Ekonomi, Menghemah Perbelanjaan Inklusif, Mensejahtera Kehidupan Rakyat Seluruh.'

Najib, yang juga Menteri Kewangan, tiba di pekarangan Dewan Rakyat kira-kira jam 4 petang dengan memakai baju Melayu merah jambu sambil memegang beg berwarna hitam berisi laporan bajet berkenaan.

Laporan pembentangan bajet tersebut yang ditunggu-tunggu demi rancangan pembangunan negara dan rakyat pada tahun depan itu juga disiarkan secara langsung menerusi beberapa stesen televisyen dan radio tempatan untuk dimanfaatkan segenap rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan bangsa.


http://www.sinarharian.com.my/nasional/bajet-2017-nasi-lemak-anak-dara-meniti-di-bibir-pm-1.575973

Gadis nasi lemak terima ijazah

10n_1475987685.jpg

Siti Hajjar Ahmad memegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik yang diterimanya. FOTO Syarafiq Abd Samad

Batu Pahat: Gadis yang viral dengan perniagaan 'nasi lemak anak dara', Siti Hajjar Ahmad, 24, menerima Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik, pada sidang kedua Majlis Konvokesyen Ke-16 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), di sini, semalam.

Ijazah terbabit disampaikan Pro Canselor UTHM, Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Siti Hajar berkata, dia gembira apabila usaha dan cita-citanya mengenggam segulung ijazah dalam bidang kejuruteraan tercapai.

"Saya bersyukur dan agak beremosi hari ini kerana ibu juga turut hadir di sisi saya.

"Saya akan tetap memberi fokus terhadap perniagaan nasi lemak anak dara, namun turut merancang mencari pekerjaan dalam bidang yang dipelajari," katanya.

Siti Hajjar yang juga anak kelahiran Sungai Petani, Kedah ditemani ibunya, Asmah Senapi, 50, dalam majlis konvokesyen itu.


http://www.hmetro.com.my/node/172628

> Tak usah bermimpi, peniaga Nasi Lemak Anak Dara sudah berpunya
> Bakal berkahwin tahun depan dan tak mungkin mencintai yang lain


Hajjar1_0610_620_413_100.jpg

Gigih sebagai usahawan, pengasas Nasi Lemak Anak Dara Siti Hajjar Ahmad merancang berkahwin tahun depan. Hajjar, 24, berkata dirinya tidak mungkin mencintai yang lain selepas banyak pengorbanan dilakukan kekasihnya.

SHAH ALAM, 6 Okt — Ayu bertudung dan gigih berusaha menjadikan penampilan Siti Hajjar Ahmad disenangi jejaka yang berhajat menjadikannya suri teman hidup.

Tanpa berselindung, beliau berkata dirinya sudah dimiliki dan merancang mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihan hatinya pertengahan tahun depan.

“Masa ini pun ada sahaja yang tanya tetapi saya cakap sudah berpunya. Kawan boleh tetapi tidak mahu lebih-lebih.

“Sama juga dengan panggilan telefon, kalau benda penting baru telefon. Ada saja orang telefon cakap nak berkenalan tetapi saya kata memang sudah tidak akan pilih yang lain,” katanya.

Penjual Nasi Lemak Anak Dara ini sudah menjalin cinta dengan kekasih hatinya sejak enam tahun lalu ketika sama-sama menuntut di Kolej Matrikulasi Kedah.

Bagaimanapun, pasangan ini terpisah apabila Hajjar melanjutkan pelajaran ke Universiti Tun Hussein Onn di Batu Pahat, Johor manakala kekasihnya ke Universiti Teknologi Mara di sini.

Graduan kejuruteraan elektronik perubatan ini akan bergraduasi Sabtu ini, manakala kekasihnya sudah dua tahun menjejakkan kaki ke alam pekerjaan.

Hajjar, 24, berkata belum tiba masanya untuk memperkenalkan siapa kekasihnya namun pemuda dari Kelantan itu banyak membantu dalam perniagaannya.

Katanya, Nasi Lemak Anak Dara yang semakin popular membuatkan kekasihnya itu bimbang yang dia akan berubah hati memilih lelaki lain.

“Dia sebenarnya risau juga sebab kami sudah lama kenal. Dia kata kalau boleh janganlah kenal sesiapa. Saya cakap tidaklah; tidak kenal siapa-siapa pun.

“Ada saja orang tanya, ‘tidak mahukah tinggalkan yang lama?’ Saya kata, ‘tidak mungkin sudah terkenal dan senang, hendak tinggalkan yang lama?’

“Dia yang mula-mula beri modal berniaga RM500. Dia tanya, ‘hendak buat betul-betul atau tidak? Kalau tidak serius, tidak payah’,” katanya, menceritakan saat-saat awal tercetus usaha tersebut.

Kekasih hatinya itulah juga membantu menurunkan barang niaga dari tingkat lima pangsapuri di Seksyen 7 di sini setiap hari.

Unit kediaman yang disewa dengan rakan-rakan bujang kira-kira 20 meter dari gerainya.

Gadis ini yang berasal dari Sungai Petani, Kedah turut berkongsi pengalaman dikunjungi Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali, Jumaat lalu.

Katanya, tokoh politik itu datang tidak kena pada masa di kala dirinya sibuk di dapur menyiapkan ratusan bungkus nasi lemak yang sudah ditempah.

“Tidak mahu turun [jumpa Azmin] sebenarnya sebab masa itu ada tempahan untuk masjid. Masa itu pun [saya] tidur sejam saja. Beliau datang sekejap tetapi tunggu yang lama.

“Mereka suruh datang ke pejabat Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sebab menteri besar hendak turun sana. Saya kata tidak boleh, masa itu banyak tempahan. Masa itu lebih 300 bungkus.

“Masa itu memang duduk di dapur saja. Saya kata tidak boleh, sibuk. Mereka kata sekejap saja, menteri besar hendak jumpa,” katanya.

Tambahnya, beliau terpaksa menggayakan memberi Azmin bungkusan nasi lemak yang kosong.

Menteri besar berkunjung setelah muncul berita Hajjar mendapat kompaun RM300 daripada MBSA kerana berniaga tanpa lesen.

Pihak berkuasa tempatan itu dilaporkan mengambil tindakan tidak lama selepas Nasi Lemak Anak Dara muncul sensasi di media sosial.


- See more at: http://www.themalaymailonline.com/p...-anak-dara-tak-cari-lain#sthash.myQFfZql.dpuf

Gerai anak dara mungkin tutup, emak tak restu ada ijazah jual nasi lemak

http://www.youtube.com/watch?v=5csIG01Fuqo

SHAH ALAM, 5 Okt — Nasi Lemak Anak Dara, yang sensasi di internet, mungkin akan menamatkan perniagaannya tahun depan selepas usaha murni peniaganya tidak direstui ibu.

Siti Hajjar Ahmad, 24, berkata sambutan menggalakkan penduduk setempat tidak menjadikan ibunya berubah hati ekoran anak perempuan sulungnya itu memiliki ijazah.

“Mak tanya, kenapa hendak jual nasi lemak? Belajar tinggi-tinggi, kenapa tidak kerja? Mak tanya macam mana dengan kerja [ditawarkan dahulu]?

“Saya kata saya hendak berniaga. Tidak mahu kerja [makan gaji]. Mak kata kena kerja tetap juga. Mak kata berniaga cuma separuh masa.

“Disebabkan minat dan ramai orang beli, saya kata pada emak, kalau bekerja, gaji tidak banyak dan kerja kena dengar arahan dan kena marah,” katanya dalam satu wawancara bersama ProjekMMO pada Isnin.

Anak ketiga daripada lima beradik ini sudah ditawarkan kerja pada Julai lalu sebagai jurutera kos dan reka bentuk di sebuah syarikat di Subang Jaya.

Ditawarkan gaji RM2,000 tidak termasuk elaun bulanan, anak jati Sungai Petani, Kedah itu berkata pendapatan yang diperoleh kini melebihi daripada tawaran tersebut.

Graduan kejuruteraan elektronik perubatan dari Universiti Tun Hussein Onn di Batu Pahat, Johor ini akan bergraduasi Sabtu ini dengan Himpunan Purata Nilai Gred 3.33.

Hajjar berkata walaupun ibunya tidak berkenan dengan perniagaan yang diusahakan ini, gerai Nasi Lemak Anak Dara akan diusahakan juga secara separuh masa.

Menjadi harapan gadis berkulit cerah ini agar dapat membuka kedai suatu hari nanti selain menambah peralatan perniagaan.

Memulakan perniagaan pertengahan Ogos lalu, usahawan muda ini disaman Majlis Bandaraya Shah Alam sejumlah RM300 selepas jualan nasi lemaknya mendapat perhatian pengguna media sosial.

Susulan itu, Jumaat lalu, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali sendiri berkunjung ke gerainya, dengan menyerahkan borang permohonan lesen perniagaan agar tidak dikenakan lagi tindakan.

Ditanya tempoh berniaga yang diberikan ibunya sehingga tahun depan, Hajjar berkata: “Tahun depan panjang lagi, bukankah ada 12 bulan,” katanya, sambil tertawa kecil.

Kunjungan ProjekMMO ke gerai Hajjar menyaksikan sendiri bagaimana pelanggan tidak putus-putus datang dan jualannya dapat dihabiskan dalam tempoh sejam.

Peniaga setempat mendakwa sedikit terjejas dengan nasi lemak Hajjar, namun reda dengan rezeki dikurniakan Tuhan.

“Terjejas sikit. Perniagaan berkurangan tetapi kami terima dan reda. Kawan-kawan berniaga [berhampiran] pun [sedikit terjejas] sama.

“ Di sebelah sana mungkin tidak terasa sangat sebab jauh. Pelanggan yang muda-muda ke sanalah [gerai Hajjar],” kata Suhaimi Yusof, 55, yang sudah berniaga lebih 10 tahun kira-kira 100 meter dari gerai Hajjar di Seksyen 7 di sini.


http://www.themalaymailonline.com/p...au-laris-nasi-lemak-anak-dara-mungkin-ditutup

Menjengah rahsia nasi lemak anak dara

http://www.youtube.com/watch?v=ktIyf8kmiDQ

Siti_Hajjar_Ahmad_1_0410s_620_413_100.jpg

Peniaga muda Siti Hajjar Ahmad sibuk melayan pelanggan Nasi Lemak Anak Dara di Seksyen 7, Shah Alam semalam. — Foto-foto oleh Choo Choy May

Siti_Hajjar_Ahmad_2_0410s_620_413_100.jpg

Siti Hajjar Ahmad sedang menyiapkan sambal, komponen penting nasi lemak, yang diwarisi daripada emaknya.

Siti_Hajjar_Ahmad_3_0410s_620_413_100.jpg

Selepas hidangannya habis dijual, Siti Hajjar Ahmad berkemas pulang ke rumahnya di pangsapuri Seksyen 7, Shah Alam.

SHAH ALAM, 4 Okt — Kecekalan dan suka duka gadis penjual Nasi Lemak Anak Dara, yang disaman selepas popular di media sosial, terus diperkatakan.

Siti Hajjar Ahmad, walau memiliki ijazah dan rupa paras menarik, tidak gopoh untuk bekerja di pejabat berhawa dingin seperti pilihan ramai graduan sebayanya.

Gadis ini, 24 tahun, tidak berasa terbeban apabila perlu mengangkut barangan jualan dari tingkat lima setiap pagi, malah puas melihat pelanggan berbaris menunggu nasi lemak mereka.

Beliau tinggal di tingkat paling atas pangsapuri Seksyen 7 di sini, kira-kira 20 meter dari tapak gerai nasi lemaknya.

Memulakan perniagaan pertengahan Ogos lalu, graduan kejuruteraan elektronik perubatan dari kampus di Batu Pahat ini disaman pihak berkuasa tempatan, baru-baru ini.

Majlis Bandaraya Shah Alam mengenakan kompaun RM300 selepas jualan nasi lemaknya mendapat perhatian pengguna media sosial.

Susulan itu, Jumaat lalu, Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali sendiri berkunjung ke gerainya, dengan menyerahkan borang permohonan lesen perniagaan agar tidak dikenakan lagi tindakan.

Malam tadi, laman Facebook peribadinya disekat, dipercayai setelah akaun ini dilaporkan kepada syarikat media sosial itu.

“Salahkah saya hendak berniaga? Perlukah sampai lapor Facebook saya?” coretnya dengan nada kecewa.

Melihat sambutan luar biasa pelanggan dan kontroversi yang dialaminya, ProjekMMO semalam menjengah sendiri dapur Hajjar bagi melihat rahsia Nasi Lemak Anak Dara disediakan.

“Resepi nasi, saya Google saja sebab tidak pernah masak sebelum itu.

“Lepas itu, saya cuba beri kawan makan, mereka kata sedap.

“Saya tengok bahan-bahan di internet apa yang mereka gunakan. Jika sedap, saya gunakan.

“Tetapi sambal saya belajar daripada emak. Tengok dia masak dan tanya, dia letak apa,” katanya, berasal dari Sungai Petani di Kedah, yang masih mampu mengukir senyuman selepas penat berniaga.

Hajjar berkata 100 bungkus nasi lemak mampu dijual pada hari bekerja, manakala 140 bungkus pada hujung minggu.

Harga nasi lemak biasa RM1.50, tambahan RM1 pula untuk telur goreng dan RM2 untuk ayam goreng berempah.

Nasi lemak yang dijual seawal 7.30 pagi di hadapan Blok 2 Flat PKNS Seksyen 7 di sini dapat dihabiskan sejam kemudian, tidak termasuk tempahan yang dibuat lebih awal.

Bagi mengelak pembeli beratur panjang dan terlepas menikmati Nasi Lemak Anak Dara, tempahan boleh dibuat melalui Facebook sehari lebih awal.


- See more at: http://www.themalaymailonline.com/p...si-lemak-anak-dara-video#sthash.6MYf3wEf.dpuf


Sponsored Post

momoque

Legendary Member
Joined
Dec 26, 2011
Messages
10,892
Reaction score
330
Points
141
Gile saman smpai 2k

agok2 la weii

Ape2pun nasi lemak anak dara mmg sedap huhuhu
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
300,030
Reaction score
12,943
Points
2,376
Bertuah la MB siap dapat kan lesen perniagaan
 

iswaraburuk

Legendary Member
Joined
Sep 11, 2009
Messages
10,539
Reaction score
73
Points
120
saper penah rasa nasi lemak siti hajar ni?
 

mr wls

Fun Poster
Joined
Mar 21, 2014
Messages
892
Reaction score
9
Points
15
sebab anak dara laju jer MB datang melawat ya..
siap bagi borong lesen lagi..x payah anak dara pegi mbsa nk amik borong ya..
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
154,857
Reaction score
21,202
Points
1,671
dgrnye masa kena saman tu awek ni ingat penguatkuasa tu dtg nak beli nasi lemak. tu yg dlm gmbr die tgh bungkus.

haha innocent gile
 

skafever69

Active+ Member
Joined
Jun 9, 2008
Messages
4,427
Reaction score
20
Points
25
lepas ni buat nasi lemak abam jibby teruna
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
300,030
Reaction score
12,943
Points
2,376
dgrnye masa kena saman tu awek ni ingat penguatkuasa tu dtg nak beli nasi lemak. tu yg dlm gmbr die tgh bungkus.

haha innocent gile

gitu la baca dlm komen FB dia :D
suci murni :p
 

fredo

Super Active Member
Joined
Nov 17, 2007
Messages
5,411
Reaction score
102
Points
83
ahai....biar betul. pakai lawa2
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register