BTC USD 63,783.1 Gold USD 1,775.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MB Kedah bidas BN fitnah isu banjir

underscore

Legendary Member
Joined
Sep 20, 2008
Messages
11,901
Reaction score
4,395
Points
206
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini membidas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa kerajaan Kedah 'lepas tangan dan menyerahkan tanggungjawab membantu mangsa banjir kepada kerajaan pusat', lapor Harakahdaily.

Sebaliknya, beliau berkata Muhyiddin dan Umno hanya inginkan publisiti murahan dalam melakukan misi kemanusiaan.

“TPM kata saya lepas tangan. Pernah pejabat saya hantar surat ke KL (Kuala Lumpur) minta selesaikan masalah? Tak ada. Saya tak pernah tulis kepada PM (Perdana Menteri) tolong saya. Saya tak pernah tulis surat Shahrizat mai tolong saya.

"Dia turun pun pi Tunjang bukan tempat banjir. Kaki kasut dia pun tak basah. Nak cakap apa ...” katanya.

Minggu lalu, lebih 40,000 penduduk Kedah terpaksa dipindahkan apabila rumah mereka ditenggelami air akibat banjir terburuk dalam sejarah negeri itu. Malah, rumah Azizan sendiri turut ditenggalami air.

Sebelum ini, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil turut mendakwa bahawa kerajaan negeri 'lembap' dalam memberikan pertolongan kepada mangsa banjir.

Kenyataan Shahrizat dibidas oleh ahli parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang berkata dakwaan Shahrizat itu bersifat melampau tatkala semua agensi kerajaan negeri tengah bertungkus lumus menyelamatkan mangsa banjir. Katanya lagi, kehadiran Shahrizat hanya bertujuan untuk mencari publisiti politik.

Di samping itu, Azizan turut mempersoalkan kelewatan Muhyiddin mengunjungi kawasan banjir di Kedah.

“Setelah tujuh hari bencana berlaku, baru (Muhyiddin) datang meninjau mangsa banjir. Air banjir pun sudah surut dan sebahagian (mangsa) balik ke rumah masing-masing. Sepatutnya datang lebih awal, baru nampak situasi sebenar,” kata Azizan.

Malah, menurut beliau timbalan perdana menteri juga telah melawat tempat yang salah untuk mendapatkan maklumat yang betul.

“Kita ada Jawatankuasa Bencana Alam peringkat negeri diketuai Setiausaha Kerajaan Negeri, bilik gerakan banjir peringkat daerah termasuk semua agensi terlibat seperti polis, tentera, sektor awam bekerjasama dengan baik. Tiada sentimen politik langsung.

“Saya terkilan kerana apa yang disebarkan tidak betul. Sepatutnya datang negeri orang, kenalah tanya saya dulu mengenai perkembangan terkini. Bukan buat andaian semata-mata,” katanya lagi.

Selain itu, Azizan turut mengkritik kehadiran Muhyiddin ke negeri itu yang disambut dengan bendera-bendera BN di Stadium Sultan Abdul Halim.

"Pasang bendera BN di Stadium Sultan Abdul Halim ketika Muhyiddin nak turun. Maka jadilah lebih publisiti daripada misi kemanusian. Saya datang tak ada bendera PAS atau Kedah iring saya," sindir Azizan.
 
Sponsored Post

zamreda

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Sep 1, 2008
Messages
31,388
Reaction score
51
Points
120
dahlah tu zizan....

mereka dgn hal mereka
kita dgn kita...

biarlah mereka tu....
 

pioneersynergy2u

Fun Poster
Joined
Jun 22, 2008
Messages
474
Reaction score
49
Points
20
yang susahnya rakyat yang kena bencana banjir nie...depa tak pa la umah atas bukit dan berpagar batu sedepa. ayaq pun tak leh masuk kalau bah mai. kita nie yang dok ceruk kampung pinggir bandar nie lah yang merana. umah busuk,hancur perabot, pakaian musnah, surat2 penting lebur/hilang hanyut ayaq...bantu pun just cakap kat tepi bibiaq ja...kerjasama org kedah (warga kedah) sangat intim dan xkira tenaga. mcm adik beradik.
 

AMICO66

Super Active Member
Joined
May 5, 2008
Messages
9,636
Reaction score
265
Points
91
sudah la muhyidin....

sembang saja deraih....
 

myvi sporty

Active Member
Joined
Mar 16, 2009
Messages
1,743
Reaction score
35
Points
30
masalahnye media tali barut diaorang ni tak habis2x menunjukkan keegoan diaorag, KONON diaorang saja la yang banyak membantu mangsa banjir, ingat lagi tgk muka dato johari baharom duk atas traktor melawat mangsa banjir, muka berlagak gila, kononnya diala yang paling berjasa tolong mangsa banjir, kerajaan negeri langsung tak buat apa2x. tu la manusia, buat keja tak pernah ikhlas, nak buat baik, bawak media satu pasukan, ambik gambar muka dia besaq2x, padahal kerajaan negeri pun sampai tak cukup tangan nak membantu, sikit pun tak kuar tv.
 

abangbeca

Super Active Member
Paid Membership
Joined
Jan 26, 2009
Messages
8,710
Reaction score
155
Points
73
aku memula ok sikit...tp lama2 meluat pun dah bercambah dah kat bn nih...nk tlg org x yah lar smpai publisiti politik....tgk azizan kat tv tadik nmpk cam dia nk nangis jer.....sian pun ada....mmg hipokrit tul lar bebudak bn nih....**** piang.....
 

isz_shinigami

Super Active Member
Joined
Apr 15, 2010
Messages
8,869
Reaction score
56
Points
80
masalahnye media tali barut diaorang ni tak habis2x menunjukkan keegoan diaorag, KONON diaorang saja la yang banyak membantu mangsa banjir, ingat lagi tgk muka dato johari baharom duk atas traktor melawat mangsa banjir, muka berlagak gila, kononnya diala yang paling berjasa tolong mangsa banjir, kerajaan negeri langsung tak buat apa2x. tu la manusia, buat keja tak pernah ikhlas, nak buat baik, bawak media satu pasukan, ambik gambar muka dia besaq2x, padahal kerajaan negeri pun sampai tak cukup tangan nak membantu, sikit pun tak kuar tv.

hurm...da prngai puak2 dieorg cmtu...sakit ati pn xgne kite xle wat pape skng..tggu pru13 nnt..kite tgk ego dieorg cmne...~X(~X(
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register