BTC USD 62,006.8 Gold USD 4,258.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MB Kedah Akui PAS Cemerlang

abahmu

Legendary Member
gem
Messages
17,951
Joined
Feb 21, 2007
Messages
17,951
Reaction score
126
Points
123
"PASKAMPUNG GAJAH, 14 Jan (Bernama) -- PAS akan berdepan dengan kekecewaan jika mengharapkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan dapat membantunya dalam usaha mencapai kejayaan di Kedah pada pilihan raya umum akan datang, kata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Gandingan PAS dan PKR tidak akan memberikan sebarang ancaman kepada Barisan Nasional (BN) Kedah di dalam menghadapi pilihan raya umum ke-12, kata Mahdzir yang juga pengerusi BN Kedah.

PKR hanya sebuah parti bermusim yang akan muncul pada pilihan raya, katanya kepada pemberita selepas melancar jentera pilihan raya kawasan Parlimen Pasir Salak di sini hari ini.

"Jika di Kedah, PKR hanyalah satu elemen pada musim pilihan raya, ia tidak lebih daripada itu dan amat jauh sekali bezanya jika hendak dibandingkan dengan kecemerlangan pentadbiran kerajaan BN ataupun PAS sendiri yang telah lama wujud," katanya.

Beliau berkata kewujudan PKR pada masa ini hanyalah bertujuan untuk memporak-perandakan kepercayaan pengundi kepada BN dengan memperbesarkan isu-isu yang remeh dan tidak benar.

"PKR hanya aktif semasa pilihan raya dan sehingga ke hari ini masih belum menampakkan kesungguhan untuk membantu memajukan serta mempertingkatkan ekonomi rakyat...parti pembangkang itu juga terbukti tidak mampu memberi perkhidmatan yang diharapkan hingga akhirnya `ditinggalkan' oleh majoriti rakyat," katanya.

Menteri Besar berkata jentera pilihan raya BN Kedah telah bersiap sedia sepenuhnya bagi menghadapi pilihan raya umum ke-12.

Mengulas pengumuman beliau bahawa BN Kedah akan meletakkan 30 peratus calon muka baru, beliau berkata perkara itu adalah strategi biasa pada setiap pilihan raya umum.

Katanya, BN mempunyai ramai calon yang berkaliber dan berwibawa untuk meneruskan khidmat kepada rakyat.
"

p/s aku teringat bila pas ambil alih kelantan tahun 1990..beberapa pemimpin umno berkata kelantan akan bangkrup dlm masa 3 bulan..just tunggu dan lihat...tapi skrg dh 18 tahun dh ....cmna ni? :)) :)) :))
 
biaser le.. cakap pemimpin ilmu tak tinggi mengaji tak sampai ijazah..
 
orang pas pun ada otak2 yg berkualiti...umno cakap x pakai otak...3 bulan bleh bankrup?...huhuuhu..budak skolah pun bleh pikior...hehehe


p/s: abahmu sihat? :D
 
alah apa nak heran sgt, masa federal sibuk nak naikkan gaji kakitangan kerajaan, husam musa sibuk kata kerajaan negeri pun mampu naikkan gaji sama. Last2 nik aziz terpaksa mengadap PM mintak peruntukan.
 
kerajaan negeri tak bangkrap sebab duk botakkan hutan negeri kelantan, jual hasil rakyat.Hasil kutipan duit masuk ke mana? Masuk ke tabung parti!!
sepatut hasil balak dimasukkan ke dlm kantung kerajaan negeri,bukan tabung parti! konsesi2 balak semua politician pas yg dpt,proxy,pastu jual kat cine.tanyala mana businessman balak kat kelantan! semua tahu! PAS=UMNO,2x5 korup!
Lebih baik umno,at least tak peralatkan Islam utk dptkan sokongan pengundi
 
kekeke..dua2 parti pun cemerlang ape..
 
Aku Rasa Kau Iswarahijau....kalau Di Biorkan Kena Sambar Petir Nanti....asyik Nak Menkondemkan Pas Saja...org Yg Nak Menegak Syiar Islam...ingat..allah Membantu Org Yg Mengutamakan Agamanya Dalam Segala Hal...jgn Kau Dipanah Petir Nanti...iswarahijau...
 
Back
Top
Log in Register