MB: Adun BN belanja RM27 juta dalam dua bulan

CG Sponsors




kuhik

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 12, 2007
Messages
39,519
Reaction score
1,312
Points
191
MB: Adun BN belanja RM27 juta dalam dua bulan

Andrew Ong | May 23, 08 5:36pm


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mendedahkan bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) telah membelanjakan 90.6 peratus daripada peruntukan bagi kawasan masing-masing dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini



Menjawab soalan Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan), beliau berkata, jumlah keseluruhan peruntukan tersebut ialah RM26,634,844.33 dan baki yang tinggal ialah RM2,907,155.76.

Khalid kemudiannnya memberitahu pecahan peruntukan bagi setiap kawasan pilihanraya dan baki yang tinggal.

Katanya, sebahagian besar Adun BN masing-masing membelanjakan RM492,800 dan Khalid berkata, beliau akan menyiasat perkara tersebut.

Malah, katanya, Speaker Dewan Undangan Negeri yang lalu, yang bukannya seorang Adun, turut membelanjakan RM600,000.

Sehubungan itu, Khalid mencadangkan supaya sebuah jawatankuasa khas mengenai kecekapan, akauntabiliti dan keteluasan ditubuhkan untuk menyiasat perkara tersebut.

Ekoran perbelanjaan besar dalam tempoh dua bulan pertama ini, kini tidak ada lagi peruntukan yang tinggal bagi 36 kerusi dewan undangan negeri yang kini dikuasai oleh kerajaan Pakatan Rakyat - PKR-DAP-PAS - untuk dibelanjakan sepanjang tahun ini.

selangor state seat 2008 breakdownDalam titah perasmian sidang DUN Selangor Rabu lalu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menegaskan bahawa baginda memandang serius perbelanjaan peruntukan Adun bagi tahun 2008 yang habis dibelanjakan dalam dua bulan pertama tahun ini.

Kontroversi Balkis

Menjawab soalan Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku) mengenai kontroversi Balkis, Khalid berkata beliau telah berusaha mendapatkan jawapan mengenainya dari Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Menteri besar berkata, beliau telah menghantar tiga pucuk surat kepada ROS sejak April lalu, untuk mendapatkan butiran lanjut mengenai pembubaran Balkis.

Bagaimanapun, katanya, sehingga sekarang beliau belum menerima sebarang jawapan dari ROS.

Katanya, Balkis perlu memperjelaskan mengenai aktiviti-aktiviti tertentu yang dianjurkan dengan sokongan syarikat-syarikat milik kerajaan negeri.

Sebagai contoh, kata Khalid, puluhan ribu ringgit dibelanjakan untuk perkara-perkara seperti cenderahati untuk 'VVIP', mengadakan festival dan majlis makan malam.

Salah satu daripadanya, dedah menteri besar, ialah perbelanjaan sebanyak RM279,000 untuk membeli pakaian sukan untuk ahli Balkis.

Khalid berkata, mereka menggunakan Galeri Hafiz Sdn Bhd. Dua bayaran terbabit - RM158,000 dan RM121,000 - adalah untuk menyediakan pakaian sukan untuk lelaki dan wanita.

Menjawab soalan tambahan oleh Jenice Lee (DAP-Teratai), Khalid berkata, kerajaan berpandangan bahawa Balkis masih belum dibubarkan secara rasmi.

Balkis adalah persatuan isteri-isteri wakil rakyat di Selangor. Berita asal

==============
berita 2
==============

Siasatan wakil BN boros RM26.6 juta

Jimadie Shah Othman | Dec 17, 08 11:15am


Jawatankuasa pilihan khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor kini sedang menyiasat pemborosan semua wakil rakyat BN sebanyak RM26.6 juta dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini.

haniza talhaMenurut seorang anggota Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat), siasatan terhadap perbelanjaan besar ini antara dua kes yang dijalankan olehnya.

Satu lagi kes, yang sudah siap siasatan awal, melibatkan sumbangan jutaan ringgit kepada Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Selangor (Balkis) yang disalurkan oleh enam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri sejak penubuhannya pada 1985.

Haniza Mohd Talha berkata, jawatankuasa khas itu masih lagi menyiasat penggunaan RM26,634,844 juta atau 90.6 peratus peruntukan untuk wakil rakyat di negeri itu menjelang pilihanraya umum Mac lepas.

Siasatan itu mengambil masa kerana membabitkan 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN sesi lepas, tambahnya.

bm version selangor state expenditure 26 million gone in two months 161208

Selcat dibentuk oleh DUN Selangor tidak lama selepas Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri, antaranya untuk menyiasat kes pemborosan ini.

Dalam persidangan pertama dewan itu Mei lepas, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendedahkan butiran pemborosan tersebut (lihat carta) yang ditegur oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sewaktu majlis perasmian.

Peruntukan sebanyak RM500,000 bagi seorang wakil rakyat hanya berbaki RM2.9 juta sewaktu kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri, katanya.

Abdul Khalid dilaporkan berkata, Speaker DUN lalu Tan Sri Onn Ismail yang bukannya seorang wakil rakyat BN sesi lepas turut membelanjakan RM600,000.

Jawatankuasa khas Selcat bertujuan memantau selia dan memeriksa kecekapan, kebertanggungjawaban dan ketelusan dalam pentadbiran kerajaan Selangor.

Speaker DUN Teng Chang Khim bertindak sebagai pengerusi badan itu.

Selain Haniza, jawatankuasa itu dianggotai lima lagi ahli DUN – Mohamed Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa), Saari Sungib (PAS-Hulu Kelang), Edward Lee Poh Lin (DAP-Bukit Gasing), Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) dan Ismail Sani (BN-Dusun Tua).



p/s : mari sokong UMNO, semoga wang rakyat banyak lagi boleh dilesapkan...
 
Sponsored Post

aidiryatim

Legendary Member
Joined
Dec 25, 2006
Messages
14,011
Reaction score
22
Points
120
baru 27 juta kuhik.. ibarat cam seposen la.. :eek:..
500 juta komisen ok jer .. xde papen pn:eek:
 

kokorez

Active+ Member
Joined
Jan 15, 2006
Messages
3,105
Reaction score
35
Points
30
sedangkan pat kecik pat aku duduk nie org bank kata tiap2 2 hr kasi keluar 500k... masa pilihan raya hr tue... mana mai duit pun x tau..
 

ARIFFX

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Mar 27, 2008
Messages
12,037
Reaction score
159
Points
123
sikit sangat tu..
 

akimaizu

Fun Poster
Joined
Oct 1, 2008
Messages
711
Reaction score
0
Points
10
belasah habis duit dulu..bila kerajaan negeri takleh bagi duit lagi,,masuk tv 3 suku cakap kerajaan negeri gagal menyediakan kewangan setiap Dun..pala ***** dia
 

sni2020

Fun Poster
Joined
Jun 30, 2008
Messages
600
Reaction score
1
Points
15
dah kalah BN baru dia tau duit bukan lah syarat nak menang
 

MyBroadband

Active Member
Joined
Sep 6, 2008
Messages
1,350
Reaction score
38
Points
30
cel.aka tul BN..mane puak2 BN..mane backup kuat BN..mai sini..
 

Overclock

Legendary Member
Joined
Dec 1, 2006
Messages
14,056
Reaction score
42
Points
120
kenape Camry, kenape tak Vios.. errr.. kenape 27juta tak 2 juta err err... dishhh...
 

CrusheD_LameR

Moderator
Joined
Dec 25, 2007
Messages
1,308
Reaction score
72
Points
30
patut la selangor maju...

money cash flow bagus...

tak macm kerajaan skang ni...

duit banyak habis dalam kan parit, turap jalan y dah bertahun tak berturap, beli peralatan kat dewan2, balairaya2 kampung y tibe2 ghaib selepas PRU hari tu...hasilnye ape?

dalam kan parit?ini lagi perbuatan membazir..~!parit dah dalam..tak de lagi la tasik2 baru y muncul kat depan pintu menjelang hujan lebat semalaman...~!tiada lagi la bomba dan pasukan penyelamat datang membuat lawatan berkumpulan kerumah naik bot...~!

turap jalan?ini pon membazir...hasilnya...tak de lagi anak2 main motocross y disambung gerabak membawa sawit...~!
 
Sponsored Post
Top
Log in Register