BTC USD 28,439.1 Gold USD 1,971.10
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Maybank tawar biaya eksport

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Datuk Seri Mustapa Mohamed (tengah) dan Amirul Feisal (tiga, kiri) ketika pelancaran myTrade2Cash, semalam.


MALAYAN Banking Berhad (Maybank) menawarkan pembiayaan perdagangan eksport bagi usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia menerusi myTrade2Cash dengan kerjasama Dagang NeXchange Berhad (DNeX).

Ketua KumpulanPerbankan Global Maybank, Amirul Feisal Wan Zahir berkata, myTrade2Cash merupakan pembiayaan perdagangan lengkap pertama di Malaysia dan Asean serta kedua di dunia.

“Ia membolehkan PKS memohon kemudahan pembiayaan perdagangan dengan mudah dari Maybank menerusi platform atas talian DNeX bagi tujuan eksport produk mereka.

“Oleh itu, kami turut menyasarkan sebanyak RM5 bilion akan disalurkan oleh Maybank kepada PKS menerusi platform ini bagi tempoh tiga tahun pertama ia dilancarkan dan mungkin boleh jadi lebih daripada itu,” katanya selepas majlis pelancaran myTrade2Cash, di Kuala Lumpur, semalam.

Amirul Feisal berkata, Maybank berharap myTrade2Cash akan bantu meningkatkan sumbangan industri PKS tempatan terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) daripada 31 peratus 2013 kepada 41 peratus menjelang 2020.

“Proses permohonan akan menjadi lebih mudah kerana rekod perdagangan dan penyata kewangan setiap PKS disemak menerusi platform DNeX dan membantu kami menawarkan tempoh pemprosesan pembiayaan yang cepat serta kos pemprosesan efektif tanpa memerlukan cagaran,” katanya.

Dalam pada itu, Amirul Feisal berkata, sebagai sebahagian daripada sokongan berterusan terhadap PKS, Maybank telah melibatkan diri dalam mempromosi eksport dari Malaysia ke beberapa negara seluruh dunia melalui pembiayaan perdagangan.

“Berdasarkan RM700 bilion nilai eksport negara tahun lalu yang dijangka meningkat empat peratus tahun ini, kami mengunjurkan 10 peratus hingga 15 peratus pertumbuhan bagi jumlah pembiayaan perdagangan Maybank,” katanya.
 
Top
Log in Register