soybean
CG Hardcore Club
- Messages
- 63,223
Paid Membership
- Joined
- Feb 15, 2009
- Messages
- 63,223
- Reaction score
- 4,133
- Points
- 661
- Awards
- 1
Oleh Mohd Zaky Zainuddin- Mac 3, 2022 @ 11:59am
[email protected]KUALA LUMPUR: Maybank mengungguli senarai majikan yang paling digemari oleh pelajar dan graduan di negara ini, kali keenam kumpulan perbankan itu berada di tempat teratas dalam tinjauan 'Malaysia's 100 Leading Graduate Employers'.
Majikan lain tersenarai pada edisi ke-14 tinjauan yang dibuat oleh GTI Media itu adalah RHB Banking Group, PETRONAS, Bank Negara Malaysia (BNM), Shopee, EY, PwC, Intel Malaysia, Keysight Technologies
dan Nestlé
Tinjauan 'Malaysia's 100 Leading Graduate Employers' adalah kajian kerjaya membabitkan graduan yang dijalankan untuk memilih majikan selepas tamat pengajian, selain mengenal pasti faktor yang mempengaruhi aspirasi pencarian pekerjaan mereka.
Hasil tinjauan terkini mengumpulkan sejumlah 32,180 maklum balas pelajar Malaysia dari 175 universiti awam, swasta dan luar negara.
Secara keseluruhannya, industri perbankan terus kekal dipilih sebagai sektor pekerjaan yang popular dalam kalangan pelajar dan graduan tempatan.
Ia berpunca daripada industri perbankan dilihat mampu untuk menyediakan pekerjaan yang stabil secara berterusan kepada pekerja walaupun menempuh saat-saat mencabar akibat penularan COVID-19.
Faktor yang mempengaruhi pemilihan majikan seorang graduan adalah untuk bekerja di bawah pemimpin yang berwibawa, diikuti dengan mengutamakan perkembangan dan pembangunan sahsiah peribadi serta mencari latihan dan peluang peningkatan kemahiran.
Pengarah Urusan GTI Media Malaysia, Isaac Hee, berkata aspirasi graduan pada masa kini adalah untuk membina masa depan yang cerah untuk diri dan masyarakat.
Katanya, tempoh pandemik yang berpanjangan mendedahkan ketidakstabilan dan kelemahan yang wujud sama ada di tempat kerja atau persekitaran.
"Hal ini mendorong pelajar dan graduan agar memiliki cita-cita dalam menghadapi cabaran pada masa kini," katanya dalam satu kenyataan.
Antara data lain yang diperoleh daripada tinjauan berkenaan adalah
89 peratus graduan menunjukkan kebimbangan purata gaji graduan tidak sepadan dengan peningkatan kos sara hidup di bandar-bandar utama.
Selain itu, 90 peratus graduan bersetuju bahawa unsur etika dan moral memainkan peranan penting dalam pemilihan majikan, manakala 80 peratus graduan merasakan pentingnya sumbangan sesuatu kerjaya kepada tujuan hidup yang tidak terbatas.
Hanya 29 peratus daripada graduan yang merancang untuk memulakan perniagaan, sama ada semasa atau selepas tamat pengajian
Attachments
-
60 KB Views: 6