Maybank catat untung RM1.88b

CG Sponsors




Sukakulah

Fun Poster
Joined
Nov 6, 2007
Messages
180
Reaction score
0
Points
10
MALAYAN Banking Bhd (Maybank) merekodkan keuntungan bersih RM1.88bilion bagi setengah tahun pertama berakhir 31 Disember 2009, meningkat 43.5 peratus berbanding RM1.31 bilion tempoh sama tahun sebelumnya.

Dalam tempoh kajian, pendapatan bersih kumpulan perbankan terbesar tempatan itu meningkat 35.5 peratus kepada RM6.41 bilion daripada RM4.73 bilion.

Bagi suku kedua berakhir 31 Disember 2009, Maybank mencatatkan keuntungan bersih RM993.50 juta, naik 35.25 peratus berbanding RM734.56 juta pada suku sama 2008, manakala pendapatan bersih menokok 21.6 peratus kepada RM3.26 bilion daripada RM2.68 bilion.

Presiden dan Ketua Eksekutif Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, berkata prestasi itu dicapai menerusi peningkatan ketara dalam semua sektor perniagaan kumpulan.

Katanya, prestasi Maybank dalam negara termasuk perbankan pengguna, pasaran global, perbankan korporat, insurans dan perbankan pelaburan mencatat prestasi lebih baik.

“Operasi luar negara pula, menerusi Bank Internasional Indonesia (BII) telah meneruskan kenaikan momentum perniagaan, manakala di Singapura turut mencatat keputusan baik menerusi persekitaran perniagaan yang semakin pulih,” katanya semalam.

Dalam tempoh enam bulan kajian, pembiayaan kumpulan berkembang 9.9 peratus kepada RM135.7 bilion yang disumbangkan oleh pembiayaan pengguna sebanyak RM66.7 bilion, manakala pembiayaan kepada sektor perniagaan pula berjumlah RM69 bilion.

Daripada jumlah pembiayaan pengguna, pinjaman perumahan berjumlah RM25.4 bilion (naik 6.2 peratus), diikuti pinjaman kenderaan RM21.1 bilion (naik 12.5 peratus), sekuriti RM12.5 bilion (naik 18.1 peratus), kad kredit RM3.9 bilion (naik 16.9 peratus) dan lain-lain RM3.8 bilion.

Pinjaman kepada sektor perniagaan pula merangkumi pinjaman korporat yang meningkat 12.4 peratus kepada RM49.3 bilion, tetapi pinjaman perusahaan kecil dan sederhana turun 9.7 peratus kepada RM19.7 bilion.

Abdul Wahid berkata, dalam tempoh kajian, Maybank mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju perbankan Islam di Malaysia dengan aset kewangan Islam setakat 31 Disember 2009 berjumlah RM28 bilion, merangkumi 28.9 peratus daripada keseluruhan aset dalam industri.

Menerusi operasi perbankan pelaburan pula katanya, Maybank mendapat manfaat daripada pasaran modal yang semakin pulih dengan peningkatan pendapatan 29 peratus kepada RM137.9 juta, manakala keuntungan sebelum cukai melonjak 157 peratus kepada RM103.5 juta.

Beliau turut mengumumkan cadangan BII untuk membuat terbitan dana bernilai AS$150 juta (RM513 juta), sebahagian besarnya bagi membiayai keperluan modalnya dan cadangan itu dijangka selesai April ini.

Mengenai jangkaan kadar dasar semalaman (OPR), Abdul Wahid berkata, Maybank menjangkakan kadar berkenaan meningkat antara 50 dan 70 mata asas dalam tempoh kewangan semasa yang akan berakhir 30 Jun 2010.

“Maybank juga menjangkakan kadar pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara akan berkembang 4.5 peratus tahun ini, manakala inflasi meningkat 2.3 peratus,” katanya.
 
Sponsored Post

EzY-eLoaD

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Aug 1, 2008
Messages
12,747
Reaction score
18
Points
115
abis kebas wit org.mana xuntung,cucuk duit lebih 4kali kene caj 50sen
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
29,154
Reaction score
1,093
Points
201
tu belum lagi kes scam penguna ....
 

anak_jatiperak

Super Active Member
Joined
Sep 5, 2009
Messages
5,360
Reaction score
6
Points
65
Salam..untung jer Maybank..apa tidak Scam duit org da......
 

anak_jatiperak

Super Active Member
Joined
Sep 5, 2009
Messages
5,360
Reaction score
6
Points
65
Pengalaman tmn..Maybank ni memang menyusahkan org da....dah ler cekik duit org dan kebas duit...perkhidmatan mcm hampas
 

mangkaq

Super Active Member
Joined
Mar 13, 2008
Messages
8,834
Reaction score
71
Points
75
Uisk...untung lagu mana???depa ada invesment dalam forex ka??
 

geniusneuro

Banned
Joined
Nov 1, 2008
Messages
19,775
Reaction score
7
Points
115
bape byk duit neem kene kebas da ngan maybank ni x taw la...

bleh kate everyday neem ade cash in n cash out money... huuuhhh!!!
 

Viere

CG Top Poster Club
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
bank paling scam dalam malaysia. byk det hilang dari akaun. kata TT pi oversea la. betoi ka TT tu. jemmmm..
 

uckiller

Active Member
Joined
Feb 20, 2008
Messages
1,055
Reaction score
30
Points
40
untung eh..pastu bg je la loan kete dgn krdt kad free....termasuk PL....da untung kan..tak ya la kutip kt kita lagi kan...
 

qai

Active+ Member
Joined
Nov 11, 2008
Messages
2,928
Reaction score
1
Points
25
untung eh..pastu bg je la loan kete dgn krdt kad free....termasuk PL....da untung kan..tak ya la kutip kt kita lagi kan...
dah untung, msti nak untung lg bnyak..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register