BTC USD 62,808.2 Gold USD 4,326.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mayat tertiarap dalam longkang

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
pix_gal1



Ampang: Seorang lelaki ditemui mati tertiarap di dalam longkang dengan kesan kecederaan di kepala di Pangsapuri Seri Nilam berhampiran Masjid Bandar Baru Ampang, kira-kira jam 9 pagi tadi.

Seorang saksi yang dikenali sebagai Shamsul, 26, berkata, dia sedang duduk menunggu rakannya di tepi jalan berkenaan sebelum diberitahu seorang pengutip tin aluminium terdapat satu mayat di dalam longkang.

Katanya, terkejut dengan dakwaan lelaki berkenaan, dia terus pergi ke longkang terbabit sebelum menemui mayat lelaki dalam keadaan tertiarap.

"Sejurus melihat mayat berkenaan, saya terus menghubungi polis di talian 999 untuk mendapatkan bantuan.

"Mayat lelaki berkenaan ditemui dalam keadaan kepalanya masih berdarah," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, pagi tadi.



http://www.hmetro.com.my/articles/Mayattertiarapdalamlongkang/Article?mutakhir
 
Back
Top
Log in Register