BTC USD 35,572.6 Gold USD 1,877.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mayat Rentung Ditemui Di Tepi Jalan Dipercayai Mangsa Bunuh

lau_kau

Legendary Member
Top Poster #5
Joined
Aug 2, 2007
Messages
11,664
Reaction score
1,594
Points
201
Gila la jenayah lanie
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
298,619
Reaction score
12,781
Points
2,376
JENAYAH | Suspek Utama Kes Bunuh Dan Bakar Mayat Wanita Ditahan

Polis Terengganu menahan seorang lelaki yang disyaki suspek utama kes penemuan mayat wanita yang dipercayai dibunuh sebelum dibakar di tepi jalan di Kampung Padang Air, Kuala Nerus, pada 17 April lalu.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
38,400
Reaction score
2,828
Points
206

Keluarga reda, harap pelaku dikenakan tindakan setimpal

mangsabakar23232_1620566319.jpg


Kuala Terengganu: Sambutan Hari Ibu sepatutnya diraikan dalam suasana gembira hari ini, namun membawa khabar duka buat keluarga wanita yang mayatnya ditemukan terbakar di tepi jalan Kampung Padang Air, Kuala Nerus, di sini, pada 17 April lalu.

Bagaimanapun, Wan Mahisyamri W Abd Manan, 39, yang juga anak sulung kepada mangsa, Che Janiah Jaafar, 55, reda dengan kejadian menimpa arwah ibunya.

"Hari ini hari ibu dan kami sepatutnya meraikan bersama ibu, namun hari ini segala persoalan mengenai ibu akhirnya terjawab.

"Saya bersama enam adik-beradik lain bersyukur apabila penantian kami selama lebih dua minggu akhirnya terjawab apabila ujian asid deoksiribonukleik (DNA) mengesahkan mayat (terbakar) itu adalah ibu.

"Naluri kami memang kuat mengatakan itu mayat ibu apabila membuat pengecaman dan ketika itu, kami reda dengan apa yang berlaku, namun perlu menunggu keputusan DNA kerana ia membabitkan kes bunuh.

"Hari ini semua persoalan itu terjawab apabila polis memaklumkan keputusan DNA dan harap pelaku yang bertanggungjawab dikenakan hukuman setimpal," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Menurut Wan Mahisyamri, arwah ibunya yang tinggal bersama dua adik lelakinya di Perumahan Awam Kos Rendah Cherang Guling, Bukit Payong, Marang keluar pada 16 April lalu.

Katanya, mereka membuat laporan polis mengenai kehilangannya di Balai Polis Bukit Payong, Marang pada 18 April lalu selepas mangsa masih tidak pulang ke rumah.

"Bagi pihak keluarga, saya harap masyarakat tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian, biar polis jalankan tugas mereka," katanya.

Media sebelum ini melaporkan mayat tanpa identiti yang ditemukan terbakar disahkan seorang wanita yang dilaporkan hilang.

Ia susulan keputusan DNA yang diperoleh daripada Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) petang Jumaat lalu.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di tanah perkuburan Felda Bukit Bading, Ajil, Hulu Terengganu selepas solat Zohor, esok.

 

faeyzul

Active Member
Joined
Feb 2, 2010
Messages
2,382
Reaction score
136
Points
43
dugaan di bulan ramadhan menghampiri syawal, semoga pelaku dikenakan hukuman yang setimpal..
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
298,619
Reaction score
12,781
Points
2,376
KES BUNUH | Identiti Mayat Ditemui Rentung Dikenal Pasti

Perkembangan kes seorang wanita dibunuh sebelum mayatnya dibakar dan ditemui rentung di tepi jalan di Kampung Padang Air, Kuala Nerus, Terengganu, 17 April lalu.

Berdasarkan keputusan laporan DNA yang dibuat ahli keluarga, mangsa dikenali Che Janiah Jaafar, 55 tahun.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
15,351
Reaction score
2,383
Points
201
Pemandu lori didakwa bunuh Che Janiah

RAHAYU MUSTAFA | | 11 Mei 2021

Tertuduh didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa atas tuduhan membunuh seorang wanita yang ditemui dengan kesan terbakar pada bulan lalu.

KUALA TERENGGANU - Seorang pemandu lori didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa atas tuduhan membunuh seorang wanita yang ditemui dengan kesan terbakar pada bulan lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan dari tertuduh, Badrul Hisham Mat Jusoh, 37, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nordiana Abd Aziz.

Berdasarkan pertuduhan, Badrul Hisham dari Bukit Payong, Marang didakwa membunuh Che Janiah Jaafar, 55, antara jam 9.30 malam pada 16 April 2021 hingga 7.15 pagi, 17 April 2021 di Jalan Kelantan, Kampung Padang Air di sini.

Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang mana tertuduh berdepan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian menetapkan 20 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Nabihah Hanim Ayyim manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang tukang sapu menemui mayat tanpa identiti yang terbakar di tepi jalan di Kampung Padang Air di Kuala Nerus.

Kejadian disedari lelaki terbabit ketika mahu memulakan tugasnya di lokasi berkenaan kira-kira jam 7.15 pagi sebelum ternampak asap di dalam semak berhampiran.

Identiti mayat tersebut kemudian dikenal pasti milik Che Janiah yang pernah dilaporkan hilang oleh ahli keluarga sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN 'Naluri kami kuat mengatakan mayat terbakar itu ibu'


bunuhbakarChe Janiah Jaafar
×
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/138058/BERITA/Semasa/Pemandu-lori-didakwa-bunuh-Che-Janiah
©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 

biomedik2

Super Active Member
Joined
Jan 19, 2020
Messages
5,225
Reaction score
1,554
Points
151
KES BUNUH | Identiti Mayat Ditemui Rentung Dikenal Pasti

Perkembangan kes seorang wanita dibunuh sebelum mayatnya dibakar dan ditemui rentung di tepi jalan di Kampung Padang Air, Kuala Nerus, Terengganu, 17 April lalu.

Berdasarkan keputusan laporan DNA yang dibuat ahli keluarga, mangsa dikenali Che Janiah Jaafar, 55 tahun.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

Apa kes ni sampai bunuh membunuh? Kes jv bisnes tapi ada orang tipu ke?
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
298,619
Reaction score
12,781
Points
2,376
MAHKAMAH | Pemandu Lori Didakwa Bunuh Wanita

Seorang pemandu lori dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu atas tuduhan membunuh seorang tukang masak di Tepoh, Kuala Nerus,
bulan lalu.

Tertuduh, Badrul Hisham Mat Jusoh, 37 tahun , hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nordiana Abd Aziz.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register