BTC USD 35,495.6 Gold USD 1,877.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mayat Rentung Ditemui Di Tepi Jalan Dipercayai Mangsa Bunuh

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
298,619
Reaction score
12,780
Points
2,376
JENAYAH | Mayat Rentung Ditemui Di Tepi Jalan

Penduduk di sekitar Bukit Berangan di Kuala Terengganu gempar dengan penemuan mayat di kawasan semak di tepi jalan utama, kawasan itu.

Mayat dipercayai mangsa bunuh, ditemui dalam keadaan rentung, pagi tadi.

#vivoX60Series #PhotographyRedefined

 
Sponsored Post

paraducks

Junior Member
Joined
Sep 20, 2019
Messages
90
Reaction score
22
Points
21
Baru je ada orang forward kat wasap pasal ni. Memang rentung teruk. Macam bunuh kat tempat lain pastu bawak bakar situ sebab tukang sapu yang jumpa tu nampak asap tebal macam baru sangat dibakar. Katanye mangsa tu pompuan.
 

paraducks

Junior Member
Joined
Sep 20, 2019
Messages
90
Reaction score
22
Points
21
Gambar ada kat artikel sinar harian ni. Dah diblur so takdela ngeri sangat
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
298,619
Reaction score
12,780
Points
2,376
JENAYAH | Mayat Rentung Ditemui Di Dalam Semak

Mayat yang rentung ditemui dalam kawasan semak di tepi jalan utama Kuala Terengganu - Kota Bharu, di Kampung Padang Air, Kuala Nerus.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

#vivoX60Series #PhotographyRedefined

 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
38,400
Reaction score
2,828
Points
206
Mangsa mungkin dibunuh sebelum dibakar

1037509.jpg


KUALA TERENGGANU- Mayat yang dijumpai di dalam cerun semak di Kampung Padang Air, Kuala Nerus pada Sabtu dipercayai dibunuh terlebih dahulu sebelum dibakar di lokasi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar yang dihubungi mengesahkan pihaknya sudah menerima keputusan hasil bedah siasat daripada Hospital Sultanah Nurzahirah (HSNZ), di sini petang Ahad.

"Disebabkan keadaan mayat yang rentung, jadi sukar untuk mencari punca kematian sebenar mangsa.

"Bagaimanapun usaha dan siasatan masih diteruskan ke arah itu," katanya.

Sebelum ini, mayat yang masih belum dikenal pasti identiti dan jantina ditemui dengan kesan terbakar di dalam cerun semak di tepi jalan utama Terengganu-Kelantan, Kampung Padang Air, di sini pada Sabtu.

Mayat dalam keadaan meniarap itu ditemui di cerun berkedalaman kira-kira tiga meter oleh seorang pekerja kontrak kebersihan pada jam 7.15 pagi sebelum memaklumkan kepada polis.

 

faeyzul

Active Member
Joined
Feb 2, 2010
Messages
2,382
Reaction score
136
Points
43
hati kering betul da bunuh bakar pulak..
 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
38,400
Reaction score
2,828
Points
206

Mayat ditemui rentung di tepi jalan dipercayai wanita

51618909764_mayat.jpg


KUALA TERENGGANU: Polis percaya mayat tanpa identiti yang ditemui rentung di tepi jalan di Kampung Padang Air, Kuala Nerus dekat sini, pada Sabtu lalu adalah seorang wanita.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar, berkata kesimpulan awal itu dibuat berdasarkan bentuk fizikal mangsa termasuk pemeriksaan terhadap betis kanan mangsa yang tidak terbakar.

"Kita percaya mangsa adalah wanita, namun punca kematian mangsa sukar ditentukan kerana mangsa dipercayai sudah meninggal dunia sebelum dibakar.

"Sebahagian besar anggota badan mangsa sudah terbakar kecuali betis kanan dan keadaan itu menyukarkan kita untuk mengenal pasti punca kematiannya," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya, polis sedang menyiasat pelbagai sudut termasuk kemungkinan mangsa berada dalam senarai kes orang yang dilaporkan hilang sebelum ini.

Jelasnya pihaknya ada menerima satu laporan daripada orang awam yang mendakwa mangsa adalah ahli keluarga mereka dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) akan dijalankan.

Sabtu lalu, seorang tukang sapu menemui mayat tanpa identiti yang rentung hampir keseluruhan badan di tepi jalan di Kampung Padang Air di Kuala Nerus.

Kejadian disedari lelaki terbabit ketika mahu memulakan tugasnya di lokasi kejadian kira-kira 7.15 pagi sebelum ternampak asap di dalam semak berhampiran.

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register