BTC USD 62,268.8 Gold USD 2,632.77
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mayat Pengawal Keselamatan Dalam But Kereta

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
62,039
Top Poster #1
Joined
Nov 23, 2012
Messages
62,039
Reaction score
6,873
Points
916
Awards
1
17.09.2024 - Mayat seorang pengawal keselamatan ditemui dalam but kereta di tepi Jalan Pasir, Taman Pertama, Sabak Bernam semalam. Ketua Polis Sabak Bernam, Robin Guha Thakurta, berkata anggota Unit Kereta Peronda (MPV) memaklumkan terjumpa Proton Saga BLM di tepi jalan pada 6.04 petang. Menurutnya, hasil pemeriksaan menemui seorang lelaki dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam but kereta. Siasatan awal mendapati mangsa 43 tahun itu bekerja di Sabak Bernam, katanya menurut Harian Metro.​

1726560921862.png

Beliau berkata, hasil pemeriksaan forensik IPK Selangor mengesahkan terdapat unsur jenayah yang menyebabkan kematian mangsa. Justeru, katanya, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai mempunyai maklumat berkaitan diminta ke balai polis berhampiran atau hubungi IPD Sabak Bernam di talian 03-32242222.

Berita asal https://www.freemalaysiatoday.com/c.../mayat-pengawal-keselamatan-dalam-but-kereta/
 
Sponsored Post

Mayat Pengawal Keselamatan Di Temui Dalam Bonet Kereta

17.09.2024 - Mayat seorang pengawal keselamatan ditemui dalam bonet sebuah kereta di tepi Jalan Pasir, Taman Pertama, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Robin Guha Thakurta berkata, pihaknya menerima panggilan daripada anggota Unit Kereta Peronda (MPV) jam 6.04 petang. Beliau berkata, anggota polis memaklumkan terjumpa kereta Proton Saga BLM hitam yang mencurigakan diparkir di tepi jalan.

“Hasil pemeriksaan menemui seorang lelaki dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam bonet kereta. Siasatan awal mendapati mangsa berusia 43 tahun bekerja di daerah ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di lokasi mengesahkan terdapat unsur jenayah yang menyebabkan kematian mangsa.

“Polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) iaitu kesalahan bunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta hadir ke balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam di talian 03-32242222,” katanya.
1726561010268.png
 
Masih Terkejut, Mahu Keadilan Buat Arwah - Isteri

18.09.2024 - Keluarga seorang pengawal keselamatan sekolah yang dipercayai mati dibunuh sebelum mayatnya ditemui dalam but kereta di Taman Pertama di sini, masih dalam keadaan terkejut dan mahu suspek dihadapkan ke muka pengadilan. Isteri mangsa berusia 39 tahun yang enggan dikenali berkata, kali terakhir bertemu dengan arwah suaminya yang berusia 43 tahun tersebut pada Sabtu lalu sebelum pergi ke Dengkil atas urusan keluarga. Katanya, dia sempat berpesan kepada arwah suaminya supaya memandu kereta ke tempat kerja kerana cuaca tidak menentu.

“Namun, keesokannya (Ahad) saya mula gelisah apabila arwah masih tidak pulang ke rumah dan tidak membalas mesej WhatsApp. Alangkah terkejutnya apabila polis memaklumkan mayat arwah ditemukan dalam but kereta jenis Proton Saga tersebut,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sekitar daerah ini, hari ini.

Difahamkan, kereta jenis Proton Saga BLM tersebut adalah milik isteri arwah dan mangsa selalunya ke tempat kerja menaiki motosikal. Isteri mangsa yang juga pengawal keselamatan di sebuah kolej memaklumkan telah berkahwin dengan arwah sejak 11 tahun lalu namun belum mempunyai cahaya mata. Dakwa wanita itu, arwah telah bekerja sebagai pengawal keselamatan sekolah rendah sejak setahun lalu tidak mempunyai musuh malah disenangi ahli keluarga, jiran dan kenalan.

“Arwah tidak pernah menceritakan keburukan orang lain malah dia suami yang baik dan mengutamakan keluarga. Dia juga tidak pernah menyembunyikan sesuatu dan sentiasa berterus terang dengan saya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Robin Guha Thakurta ketika dihubungi berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan rapi terutama mengumpul bahan bukti berhubung kes berkenaan dan mengesan suspek terlibat dengan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Kosmo! semalam melaporkan seorang pengawal keselamatan sebuah sekolah disyaki dibunuh selepas mayatnya ditemui di dalam but sebuah kereta di tepi Jalan Pasir, Taman Pertama di sini kelmarin. Hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat kecederaan pada anggota badan mangsa dengan polis mengesahkan wujud unsur jenayah menyebabkan kematian tersebut.

Berita asal https://www.kosmo.com.my/2024/09/18/masih-terkejut-mahu-keadilan-buat-arwah-isteri/
 
Hutang punca pengawal keselamatan dibunuh, mayat disumbat dalam but kereta

29 September 2024 08:14pmMasa membaca: 4 minit
Suspek lelaki dibawa polis untuk proses reman di mahkamah sebelum ini.
SABAK BERNAM - Masalah peribadi dan hutang dipercayai motif kes bunuh seorang pengawal keselamatan yang mayatnya ditemukan dalam but sebuah kereta di tepi Jalan Pasir, Taman Pertama di sini pada 16 September lalu.

Mangsa lelaki warga tempatan berusia 43 tahun itu dijumpai polis dalam Proton Saga BLM yang diparkir di kawasan tersebut.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Robin Guha Thakurta berkata, motif kejadian itu diperoleh menerusi hasil siasatan pihaknya ke atas seorang lelaki yang juga rakan sekerja mangsa.

"Suspek berusia lingkungan 20-an ditahan pada 17 September lalu dan penahanan itu membawa kepada rampasan pelbagai barangan termasuk tiga bilah pisau dipercayai digunakan suspek ketika kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Rubin memberitahu, suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Kuala Selangor jam 8.30 pagi Isnin.

Ujar beliau, lelaki itu sebelum ini direman sebanyak dua kali bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, mayat lelaki dipercayai mangsa bunuh ditemui dalam but kereta jenis Proton Saga BLM yang diparkir di tepi Jalan Pasir, Taman Pertama pada 16 September lalu

Mayat mangsa itu dijumpai selepas polis menerima maklumat daripada anggota kereta peronda polis pada jam 6.04 petang.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
 
Masalah Peribadi, Hutang Di Percayai Punca Pengawal Keselamatan Di Bunuh

30.09.2024 - Masalah peribadi dan hutang dipercayai motif pembunuhan pengawal keselamatan yang mayatnya ditemukan dalam but sebuah kereta di tepi Jalan Pasir, Taman Pertama, Sabak Bernam, 16 Sept lepas. Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Supt Robin Guha Thakurta berkata maklumat itu diperoleh hasil siasatan terhadap seorang lelaki berusia 20-an yang juga rakan sekerja mangsa, yang ditahan sehari selepas penemuan mayat terbabit. Beliau berkata polis turut merampas beberapa barangan daripada lelaki terbabit termasuk tiga pisau dan pakaian dipercayai digunakan ketika kejadian.

“Hasil bedah siasat dijalankan di Hospital Sungai Buloh menemukan kesan tikaman, kelar serta kecederaan akibat objek tumpul dan keras pada beberapa bahagian badan mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Robin berkata lelaki berkenaan yang kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan akan didakwa di Mahkamah Kuala Selangor esok. Sebelum ini Robin dilaporkan berkata mayat pengawal keselamatan berkenaan dijumpai selepas pihaknya menerima maklumat daripada anggota kereta peronda polis pada 6.04 petang, 16 Sept lepas.

Berita asal https://www.buletintv3.my/jenayah/m...ipercayai-punca-pengawal-keselamatan-dibunuh/
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register