akudotcom
CG Hardcore Club
- Messages
- 56,556
Top Poster #3
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 56,556
- Reaction score
- 6,646
- Points
- 881
- Awards
- 1
Mayat lelaki ditemui dalam kolam takungan air
Mayat lelaki ditemui di sebuah kolam takungan air bersebelahan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan dekat Senawang semalam
SEREMBAN – Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan terlentang dipercayai terjatuh dari ketinggian lebih sembilan meter di sebuah kolam takungan air bersebelahan Lebuhraya Utara- Selatan (PLUS) dekat Senawang di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, polis menerima maklumat daripada orang awam berhubung penemuan mayat terbabit di lokasi bersebelahan lebuh raya berkenaan iaitu di Kilometer 250.8 arah selatan pada pukul 1.30 petang.
“Tempat kejadian merupakan kolam takungan air di mana air dari kolam takungan Taman Pinggiran Senawang yang mengalir terus ke Sungai Simin, Rantau. Keadaan mayat dalam keadaan telentang di atas simen kolam air yang cetek. Jarak ketinggian kolam dari titi besi lebih kurang 30 kaki.
“Hasil siasatan juga mendapati terdapat tali nilon terikat pada pengadang titi yang terjuntai ke bawah yang kemungkinan si mati telah terjatuh dari ketinggian 30 kaki mengenai lantai simen kolam takungan air,” katanya kepada pemberita di sini.
Mohamad Hatta berkata, mangsa dianggarkan telah meninggal dunia selama beberapa hari dan bedah siasat mendapati kematian disebabkan pendarahan teruk pada kepala. – KOSMO! ONLINE