Mayat Lelaki Di Temui Terapung Dengan Kaki & Tangan Terikat

Recommended Brokers


Xploit Machine

Super Active Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
9,393
Reaction score
2,005
Points
176
20.10.2019 - Kuantan, Mayat seorang lelaki ditemui terapung di bahagian tepi Tasik Paya Bungor di km 50 Jalan Kuantan-Maran, di sini awal hari ini dengan kedua-dua tangan dan kakinya terikat.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohamad Noor Yusof Ali berkata mangsa ditemui orang awam yang melaporkan penemuan itu di Pondok Polis Paya Bungor pada kira-kira jam 9.55 pagi.

“Mangsa dipercayai berbangsa India dengan anggaran usia 39 tahun. Mayat lengkap berpakaian baju t-shirt berwarna merah dan seluar jeans hitam; manakala jarak tempat mayat terapung dengan jalan utama adalah kira-kira 10 meter,” katanya kepada pemberita, di sini.

Beliau berkata siasatan lanjut masih dijalankan dan bedah siasat akan dilakukan pada esok pukul 2 petang di Unit Patalogi Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTTA), di sini.

“Polis meminta sesiapa yang mempunyai maklumat untuk tampil membantu siasatan kes berkenaan,” katanya.



Berita asal http://www.frontdesk.com.my/bm/index.php/2019/10/20/mayat-lelaki-ditemui-terapung-dengan-kaki-dan-tangan-terikat/
 
Last edited:
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
259,708
Reaction score
8,739
Points
2,226


ANGGOTA polis mengangkat mayat mangsa yang ditemui di Tasik Paya Bungor. - Foto BERNAMA
Kematian mekanik disyaki dibunuh rakan sendiri


KUANTAN: Seorang lelaki berumur 23 tahun ditahan bagi membantu siasatan pembunuhan mekanik di Tasik Paya Bungor, Gambang di sini, kelmarin.

Ketua Polis Pahang Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, lelaki yang dipercayai suspek pembunuhan itu ditahan di sekitar daerah ini selepas mayat mangsa ditemui.

Katanya, dalam kes terbabit, pihaknya percaya suspek adalah rakan kepada mangsa dan penahanan itu bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan.

“Bagaimanapun, motif pembunuhan masih lagi disiasat dan kita percaya mangsa dibunuh di kawasan lain sebelum mayatnya dibuang di kawasan tasik itu.

“Kita juga masih menunggu laporan kimia bagi mengetahui punca sebenar kematian lelaki terbabit dan dijangka diketahui dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Program Jalinan Kasih Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Norazrin Marzuki.

Ahad lalu, mayat seorang lelaki berusia 39 tahun ditemui orang awam dalam keadaan tertiarap di kawasan tasik dipercayai sudah dua hari meninggal dunia.

Mangsa turut ditemui dalam keadaan tangan, kaki terikat dan terdapat kesan jenayah pada fizikal mangsa.

Abd Jalil juga tidak menolak kemungkinan lebih daripada seorang suspek terbabit dalam kejadian itu.

“Suspek ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.


 
Sponsored Post
Top
Log in Register