BTC USD 97,285.3 Gold USD 2,867.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mayat hampir reput ditemui dalam longkang, seorang lelaki ditahan

hiduprakyat

Legendary Member
gem
Messages
19,126
Joined
Dec 6, 2010
Messages
19,126
Reaction score
1,333
Points
201
6271343110990709424_121.jpg


Mayat hampir reput ditemui dalam longkang, seorang lelaki ditahan

SHAH ALAM - Polis mengesahkan menahan seorang lelaki tempatan kerana disyaki terlibat dalam kes bunuh di Jalan Setia Raja, Kuching, Sarawak.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, lelaki berusia 23 tahun itu diberkas pada Sabtu.

Beliau berkata, bertindak atas maklumat, pihak polis menemukan mayat yang hampir reput di kawasan longkang Jalan Setia Raja.

"Proses mengenal pasti identiti mayat serta bedah siasat akan dilakukan bagi membantu siasatan.

"Permohonan reman ke atas suspek telah diperoleh selama tujuh hari sehingga Ahad," katanya dalam satu kenyataan.

Kata beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, orang ramai diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih kerana ia boleh mengganggu siasatan dijalankan.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

"Mereka juga boleh menghubungi pusat kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching di talian 082-24444 atau pegawai penyiasat kanan jenayah, Asisten Komisioner Tan Kian Kok di talian 010-5661576," ujarnya

16 Disember 2024 11:57pm
 
Back
Top
Log in Register