oldtbone
Legendary Member

- Messages
- 17,323
- Joined
- May 25, 2012
- Messages
- 17,323
- Reaction score
- 3,695
- Points
- 191
ANGGOTA bomba membawa keluar mayat lelaki yang ditemui di Sungai Kuyuh berhampiran Taman Serdang Jaya. FOTO Ihsan Bomba
MAYAT lelaki ditemui di Sungai Kuyuh berhampiran Jalan Raya 1, Taman Serdang Jaya di Serdang, malam ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada pihak polis berhubung kejadian itu 9.16 malam.
Katanya, seramai 10 anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serdang dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba, kami mendapati ada mayat lelaki terapung di sungai berkenaan.
“Kami mengambil masa beberapa minit untuk membawa keluar mayat berkenaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Katanya, berdasarkan fizikal mayat berkenaan, mangsa dipercayai berusia lingkungan 70-an.
“Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
Difahamkan mangsa dipercayai sudah meninggal dunia beberapa hari lalu berikutan keadaan mayatnya yang sudah kembung.
Ketika mayat ditemui, mangsa berpakaian lengkap, namun tiada dokumen pengenalan diri ditemui pada lelaki terbabit.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan ketika dihubungi, hari ini, mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.
“Siasatan lanjut berhubung kes itu sedang dijalankan dan setakat ini, kejadian berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.
sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/05/452440/mayat-ditemui-terapung-di-sungai
.