Mayat dijadikan alat sekatan jalan

CG Sponsors




glyceraldehyde

Active Member
Joined
Oct 19, 2008
Messages
1,597
Reaction score
113
Points
33



PORT-AU-PRINCE 15 Jan. – Penduduk Haiti yang marah telah bertindak menggunakan timbunan mayat sebagai sekatan jalan raya di bandar ini sebagai protes terhadap kelewatan bantuan kecemasan selepas negara ini dilanda gempa bumi.

Seorang saksi, jurugambar majalah TIME, Shaul Schwarz berkata, dia menyaksikan sekurang-kurangnya dua sekatan jalan raya di pusat bandar yang dibina dengan menggunakan mayat-mayat mangsa gempa bumi dan batu.

“Mereka mula melakukan sekatan dengan menggunakan mayat mangsa, nampaknya keadaan semakin teruk di sini kerana orang ramai semakin kecewa kerana tidak ada bantuan yang diterima,” katanya kepada pemberita.

Menurut pasukan Palang Merah Haiti, tiga juta penduduk dilaporkan cedera dan hilang tempat tinggal akibat gempa bumi berukuran 7.0 pada skala Richter yang melanda negara ini Selasa lalu.

Ketika usaha bantuan kecemasan tampak samar, beribu-ribu mangsa masih terperangkap dalam runtuhan bangunan.

“Setakat ini, kami telah menanam kira-kira 7,000 mayat di sebuah kubur yang amat besar,” kata Presiden Palang Merah Haiti, Rene Preval.

Seorang pegawai Keselamatan Pantai Amerika Syarikat, Paul Cormier, 54, yang juga pemilik rumah anak yatim di Haiti berkata, jumlah kematian akan meningkat jika ribuan rakyat Haiti yang cedera tidak dirawat secepat mungkin.

Sementara itu, kejadian mencuri di Haiti semakin tidak terkawal apabila ada pihak yang mengambil kesempatan mencuri barang elektrik dan juga makanan.

“Polis sedang sibuk melakukan operasi menyelamat dan tidak ada masa menjaga keselamatan awam,” kata seorang pemilik kilang, Manuel Deheusch. – Reuters
 
Sponsored Post

qaz123

Super Active Member
Joined
Jul 12, 2008
Messages
5,645
Reaction score
169
Points
78
sape pon xde jaminan...kunfayakun
 

fazarudin

Legendary Member
Joined
Jan 2, 2006
Messages
10,985
Reaction score
258
Points
136
wow...jangan plak diorang wat voodoo plak...jadik zombie plak nanti..ekekkeke
 

none

Super Active Member
Joined
Nov 14, 2007
Messages
8,101
Reaction score
268
Points
91
adakah mampu pasokan penyelamat kita
melaku kerja2 menyelamat dalam skala yg besar...
aku rasa tidak...
sbb tak pernah ada latihan secara besar2an?
pasokan penyelamat kita selalu buat kerja bertindih,
pelbagai ajensi buat kerja yg sama...
pelbagai agensi ini amat suka buat kerja 'mencari & menyelamat'
sbb kerja ini la ni nampak glamor...
Apa hal tugas2 "pemulihan situasi", inilah kerja yg paling besar, berat, rumit dan memerlukan tenaga kerja yg amat banyak...
dan malangnya dimalaysia... kerja2 ini tidak diberi keutamaan...
jika berlaku bencana dimalaysia.... kita akan lebih teruk dari haiti..
Ya Allah, jauhkanlah itu semua
 

Uzyr R

Super Active Member
Joined
Jul 23, 2008
Messages
7,750
Reaction score
86
Points
70
semoga dijadikan peringatan untuk semua..
 

atlantis

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 3, 2008
Messages
35,221
Reaction score
767
Points
161
haiti takde army ek?
polis je ada utk bantuan menyelamat
 

bdk nakal

Fun Poster
Joined
Apr 7, 2008
Messages
966
Reaction score
3
Points
15
adakah mampu pasokan penyelamat kita
melaku kerja2 menyelamat dalam skala yg besar...
aku rasa tidak...
sbb tak pernah ada latihan secara besar2an?
pasokan penyelamat kita selalu buat kerja bertindih,
pelbagai ajensi buat kerja yg sama...
pelbagai agensi ini amat suka buat kerja 'mencari & menyelamat'
sbb kerja ini la ni nampak glamor...
Apa hal tugas2 "pemulihan situasi", inilah kerja yg paling besar, berat, rumit dan memerlukan tenaga kerja yg amat banyak...
dan malangnya dimalaysia... kerja2 ini tidak diberi keutamaan...
jika berlaku bencana dimalaysia.... kita akan lebih teruk dari haiti..
Ya Allah, jauhkanlah itu semua
jgn mghina negara sndri jika xtau keja2 penyelamatan .. pa yg anda tau psl penyelamatan di malaysia ... sila jwb k ... anda tau MKN20 ?? bgaimna MKN 20 brfgsi apabila sesuatu bencana berlaku ... berkenaan dgn kekurangan tenaga kerja yg saudara bangkitkn ... kita da pasukan bomba sukarela yg ditubuhkan di sesuatu tempat tetapi malangnya amat sedikit rakyat malaysia yg nk sertai .. dan da sesetengah tempat yang tiada sambutan langsung jika da pasukan bomba sukarela yang akan di tubuhkn .. bidang penyelamatan harus di pelajari oleh smua rakyat malaysia sebgai salah satu tindakn awal sekiranya berlaku sesuatu bencana samada besar @ kecik .. kebakaran @ kemalangan ... jadi kita sebagai warganegara harus rasa tanggung jawab utk kebaikan bersama ... sekian terima kasih ...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register