BTC USD 108,492 Gold USD 3,357.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mayat dalam guni baja

ronaldinhood

Super Active Member
Messages
9,352
Paid Membership
Joined
Apr 3, 2006
Messages
9,352
Reaction score
73
Points
70
Oleh Nazarali Saeril
[email protected]
SHAH ALAM: “Saya jolok guni itu menggunakan kayu dan terasa seperti ia lutut manusia.

“Saya berlari ke rumah rakan meminjam parang sebelum memotong ikatan guni itu dan terkejut mendapati ia berisi mayat manusia dalam keadaan meringkuk,” kata Suhaimi Budin, 36.

Pemandu lori itu ditemui di Tanjung Gemuk, Kampung Padang Jawa, dekat sini, selepas menjumpai mayat lelaki disumbat di dalam guni baja dan ditinggalkan dalam longkang berair.

Katanya, sebelum kejadian dia memandu lori meninjau tanahnya berhampiran tempat kejadian apabila terlihat guni mencurigakan itu kira-kira jam 6.30 petang.

“Sebaik terlihat guni putih itu, saya hairan kerana tidak pernah melihatnya sebelum ini walaupun kerap ke situ saya sejak seminggu lalu.

“Pada mulanya, saya jolok guni itu menggunakan kayu dan terasa ia seperti lutut. Saya bergegas ke rumah rakan meminjam parang sebelum memintanya menemankan saya,” katanya.

Suhaimi yang terkejut dengan penemuan itu terus menghubungi polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Nor Azam Jamaluddin tidak menolak kemungkinan mangsa dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di situ.

“Pemeriksaan awal mendapati terdapat beberapa kesan kelar di tubuh mangsa dan mungkin dia dibunuh di tempat lain sebelum dimasukkan ke dalam guni dan dibuang di sini.

“Polis tidak menemui senjata digunakan dalam pembunuhan di sekitar tempat kejadian,” katanya.

Identiti mangsa yang berusia lingkungan 20-an juga gagal dikenal pasti kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemui bersamanya.

Mayatnya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

Malaysia, oh Tanah Air Ku....
 
Sponsored Post

Oleh Nazarali Saeril
[email protected]

Identiti mangsa yang berusia lingkungan 20-an juga gagal dikenal pasti kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemui bersamanya.

Mayatnya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

Malaysia, oh Tanah Air Ku....

yang nie mungkin warga asing ler niehh...
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register