Mayat bogel masih misteri

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,407
Reaction score
256
Points
81
NUSAJAYA: Penemuan mayat seorang lelaki berusia 49 tahun dalam keadaan bogel dengan kaki dan tangan diikat menggunakan wayar manakala mulut dililit dengan kain dalam biliknya di sebuah rumah teres di Bandar Selesa Jaya di sini, malam kelmarin, masih misteri.

Ini berikutan, siasatan polis tidak menemui kesan pergelutan atau meronta manakala barang berharga tidak hilang, selain tiada darah di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Abdul Aziz Ahmad, berkata mayat lelaki bujang dan dipercayai pemilik kedai gunting rambut di pusat beli-belah Holiday Plaza itu, ditemui rakan serumahnya yang pulang ke kediaman berkenaan kira-kira jam 10.45 malam kelmarin.

“Mangsa tinggal bersama rakannya di rumah terbabit dan apabila rakannya pulang dari tempat kerja, dia melihat pintu rumah tidak berkunci dan terbuka.

“Apabila masuk, rakan serumahnya menemui mayat lelaki itu dalam keadaan bogel dengan kaki dan tangan diikat menggunakan wayar manakala mulut diikat dengan kain menyebabkannya menghubungi polis,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurutnya, mayat lelaki terbabit ditemui tiga atau empat jam selepas meninggal dunia dan kematiannya dianggap misteri kerana tiada kesan meronta atau pergelutan dan tiada barang berharga hilang, selain tiada kesan darah.

Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya menunggu hasil bedah siasat dilakukan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) hari ini sebelum menentukan punca kematian mangsa.
 
Sponsored Post

qai

Active+ Member
Joined
Nov 11, 2008
Messages
2,928
Reaction score
1
Points
25
mkin bnyak kes bunuh skrng ni..
 

mattop

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Mar 20, 2007
Messages
12,396
Reaction score
10
Points
115
macam2 jenis jenayah skg nie...
 

mimie813

Super Active Member
Joined
Nov 26, 2009
Messages
6,534
Reaction score
290
Points
81
bnyk betul kes bunuh skrg nie....
bunuh nyawa org cam bunuh nyamuk jer....
 

iorichee

Active+ Member
Joined
Jan 22, 2008
Messages
4,681
Reaction score
11
Points
25
mak aih....

kena bunuh....

hu3.......
 

jay mile

Active Member
Joined
Aug 29, 2008
Messages
1,139
Reaction score
4
Points
25
hor la...
bala belake tu...
sile kan la wat masuk lagi pendatang2..
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,212
Reaction score
21,041
Points
1,671
dalam star cakap "sex games gone wrong" haha
 
Sponsored Post
Top
Log in Register