Mayat berulat dalam bilik tidur

CG Sponsors




balqis07

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136

Anggota polis membalut mayat mangsa yang ditemui kembung dan berulat di lantai bilik tidur rumahnya di Kampung Serigala.

SUNGAI SELISEK - Kegelisahan seorang cucu apabila panggilannya tidak bersahut terjawab apabila menemui mayat neneknya yang sudah kembung dan berulat di lantai bilik tidur.

Muhd Al-Amin Md Razak, 20, berkata, dia datang ke rumah neneknya, Hamsiah Sulong, 72, di Kampung Serigala, di sini, kerana cuti hujung minggu, tambahan pula sudah lebih dua minggu tidak melawat mangsa.

Dia yang mengikuti latihan amali di Kilang Perodua, Sungai Choh, tiba bersendirian di rumah itu kira-kira jam 8 malam kelmarin.

“Saya beri salam dan ketuk pintu beberapa kali sambil panggil opah tapi tidak berjawab. Cuba juga buka pintu tapi tidak boleh sebab berkunci dan saya dapat lihat melalui tingkap dapur, kuih yang masih tidak berusik dalam bungkusan plastik.

“Ketika itu saya sudah rasa tidak sedap hati kerana telefon bimbit opah pun tidak dapat dihubungi," katanya.

Bimbang terjadi sesuatu, Muhd Al-Amin keluar meminta pertolongan rakan dan orang kampung kerana percaya neneknya masih berada di dalam rumah itu.

“Saya rasa tidak sedap hati dan terus memanggil opah walaupun rakan dan orang kampung meminta saya bertenang kerana kemungkinan opah keluar ke rumah anak-anaknya di Kuala Lumpur.

“Setelah usaha membuka pintu gagal, saya terus ke tingkap bilik tidur opah dan alangkah terkejut apabila melihat sekujur tubuh kembung dan berulat. Saya tidak dapat bayangkan perasaan ketika itu, jadi saya tanya rakan-rakan betulkah apa yang saya lihat itu opah,” katanya.

Penemuan mayat itu kemudian dimaklumkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Pirus Ahmad sebelum laporan polis dibuat.

Muhd Al-Amin berkata, neneknya tinggal bersendirian kerana kesemua empat anaknya menetap di Kuala Lumpur, Melaka dan Johor.

Sementara itu, seorang jiran mangsa berkata, kali terakhir arwah dilihat keluar rumah kira-kira 10 hari lalu.

Menurutnya, arwah seorang yang pembersih dan rajin mengemas, namun kedudukan mayatnya mengiring ke kiri dengan keadaan bilik tidur berselerak serta kehilangan beg duit dan kad pengenalan menimbulkan tanda tanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi mengesahkan penemuan mayat itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/mayat-berulat-dalam-bilik-tidur-1.149753
 
Sponsored Post

xalimx

Super Active Member
Joined
Sep 14, 2006
Messages
6,921
Reaction score
61
Points
70
huishh...ni yg menggerunkan aku, dah laa aku tinggal sensorg.... :(
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,704
Reaction score
21,089
Points
1,671
dah kembung mesti ada bau..jauh pun mesti bau..jiran2 pun xamik berat..orang dah tua uzur lagi


-minggu lepas kes sama kt apartment kenangan,kajang..polis pencen..dah bau baru tau..pakcik tu mmg duduk sorang je kt rumah
 

puterakota

Super Active Member
Joined
Mar 2, 2011
Messages
5,365
Reaction score
46
Points
70
bahaya org tua dok sorg2,klau jatuh dlm bilik air pn tkde sape yg tahu..
 

tokmat™

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Dec 23, 2005
Messages
33,932
Reaction score
274
Points
136
mungkin rumah opahnya jauh dari rumah jiran2.....
Al-Fatihah buat Arwah Opah Hamsiah Sulong
 

aqu_fadhil

Super Active Member
Joined
Jun 10, 2011
Messages
7,302
Reaction score
37
Points
70
sedihnye cerita...
anank2 dia x call ke tanya keadaan mak macam mana?
call 1 minggu sekali jadi dah...
 

estacoco

Super Active Member
Joined
May 5, 2008
Messages
7,543
Reaction score
25
Points
70
Sebab tu aku risau kalau org tua duk sesorang, apa jadi x de org tau. Kalau ada org selalu melawat ok la
 

orang_terbang

Fun Poster
Joined
Jun 23, 2012
Messages
487
Reaction score
2
Points
15
teringat arwah nenek aku..dia mmg tinggal sorang2 tp akhir hayatnye di rumah anaknye..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register