Mayat Bayi Perempuan Ditemui Di LRT Jalan Jelatek

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
KUALA LUMPUR, 27 Dis (Bernama) -- Orang awam yang melalui kawasan LRT Jalan Jelatek di sini pada hari Ahad gempar dengan penemuan mayat bayi perempuan di dalam beg plastik yang diletakkan di atas pelantar konkrit berhampiran Sungai Klang.

Mayat bayi perempuan yang masih bertali pusat itu ditemui oleh orang awam yang melalui kawasan itu kira-kira pukul 1.00 petang.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan berkata siasatan polis mendapati janin itu juga masih mempunyai uri.

"Bayi perempuan itu dianggarkan 8 hingga 9cm panjang dan berkemungkinan dilahirkan dalam tempoh 24 jam.

"Polis tidak menolak kemungkinan bayi tersebut dibuang di tempat lain dan hanyut kemudian terdampar di situ atau sememangnya ditinggalkan di situ," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata mayat bayi itu telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Zakaria meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan kes terbabit tampil memberi maklumat di balai polis berdekatan.

-- BERNAMA
 
Sponsored Post

sokia

Legendary Member
Joined
Dec 18, 2007
Messages
16,256
Reaction score
5
Points
115
mintak jauh benda2 mcm ni
 

emoney

Super Active Member
Joined
Feb 13, 2007
Messages
8,574
Reaction score
86
Points
70
Hadiah dari sebuah kemajuan...:(
 

adil2604

Super Active Member
Joined
Jun 13, 2008
Messages
7,146
Reaction score
153
Points
73
ciannya ...bagi aku lagi bagus...boleh bela jadi anak angkat...
 

nashburn

Super Active Member
Joined
Mar 8, 2008
Messages
6,374
Reaction score
66
Points
70
yang takde anak nak anak, yg dpt anak buang... hmmm
 

shila70

Active Member
Joined
Oct 21, 2008
Messages
1,650
Reaction score
0
Points
20
sampai hati dia buat kat bayi dia cam gitu..terimalah pembalasan nanti
 

Bro_Izantie

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2009
Messages
17,073
Reaction score
927
Points
161
kat area umah aku ni...**** punya makbapak!!!!
 

atlantis

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 3, 2008
Messages
35,221
Reaction score
767
Points
161
mayat bayi lagi...

sok2 hari2 leh jumpa mayat bayi
 

amien

Fun Poster
Joined
Oct 27, 2009
Messages
647
Reaction score
10
Points
15
kenapala mereka lebih berminat jadi lebih teruk dari binatang daripada menjadi manusia?
 
Sponsored Post
Top
Log in Register