Mayat bayi disangka bangkai

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591

SEORANG penduduk menunjukkan mayat bayi yang ditemui di Hutan Lipur Lata Renyut, Kuala Balah, kelmarin.​

Pekerja empangan lihat bahagian kepala hancur cukup sifat, bertali pusat

JELI: Seorang pekerja empangan mini hidro dekat sini, tidak menyangka objek terapung ditemuinya di kawasan rekreasi Lata Renyut, Kuala Balah, yang pada mulanya disangka bangkai ayam, sebaliknya terbukti mayat bayi perempuan yang cukup sifat dan masih bertali pusat.

Lebih menyedihkan, bahagian kepala bayi itu sudah hancur dan ditemui di celah batu kawasan rekreasi berkenaan kira-kira jam 9.30 pagi kelmarin. Ia dipercayai dibuang beberapa hari lalu.


Pekerja itu, Abdul Aziz Setapa, 34, berkata beliau melihat objek seperti bangkai ayam terapung di kawasan itu sebelum mendekatinya dan terkejut apabila mendapati ia sebenarnya mayat seorang bayi perempuan.

"Saya amat terkejut melihat mayat bayi perempuan itu menyebabkan saya bergegas mendapatkan bantuan orang ramai dan pihak berkuasa," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superitenden Muhamad Hanifah Ab Malik, berkata mayat bayi itu ditemui dalam keadaan bogel dan cukup sifat kecuali bahagian kepalanya hancur yang dipercayai baru saja dilahirkan.

Beliau berkata, berdasarkan penelitian awal, pihaknya percaya bayi malang itu dibuang ke kawasan rekreasi berkenaan beberapa hari lalu.

"Kita sedang menjalankan siasatan kes ini mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran," katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes berkenaan supaya Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jeli atau balai polis berdekatan.
 
Sponsored Post

XRACER

Fun Poster
Joined
Aug 7, 2008
Messages
739
Reaction score
3
Points
15
sapa la punya kije nih ape yg bley haku simpullkn:
zalim
kejam
ganas
x berperikemanuseaan
benatang
laknat
lahabau
bngauuu
x suka tol laa dengarrceta macam ni kesian bila baby jd mangsa kerakusan nafsu yg x bertempat..
 

zaralove

Super Active Member
Joined
Aug 27, 2009
Messages
7,558
Reaction score
330
Points
81
dunia menghampiri kiamat...
 

persada

Account locked as requested by owner
Joined
Jul 16, 2009
Messages
4,776
Reaction score
54
Points
35
x syg ank ker?..aduhh....
 

rayz

Legendary Member
Joined
Jun 5, 2007
Messages
12,962
Reaction score
734
Points
161
er

berita malam ni tadi lagi dasyat buang kat bawah jambatan terhempas atas batu berkecai jadi makanan gagak.


apa nak jadi ni mana nilai hati manusia.

jahat aku xprnh buat benda camgini.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register