akudotcom
CG Hardcore Club

- Messages
- 60,810
Top Poster #4
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 60,810
- Reaction score
- 6,971
- Points
- 881
- Awards
- 1
Mayat bayi berbalut kain dalam kotak tepi gerai
Mayat bayi berbalut kain ditemui dalam kotak di sebuah gerai di Batu 13, Jalan Jeroco, Lahad Datu. - Foto pembaca
LAHAD DATU: Mayat bayi lelaki berbalut kain ditemui dalam kotak di sebuah gerai tidak bernombor di Batu 13, Jalan Jeroco, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berkata pihaknya sedang mengesan suspek kes pembuangan mayat bayi berkenaan.
"Bayi lelaki yang cukup sifat ketika ditemui dipercayai telah meninggal dunia.
"Mayat bayi itu kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Lahad Datu untuk bedah siasat," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Dzulbaharin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan membuang mayat yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh berhubung dengan pegawai penyiasat di talian 089-881255," katanya.