Mayat bayi baru lahir ditemui dalam tong sampah

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,407
Reaction score
256
Points
81
IPOH: Seorang pekerja Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) terkejut apabila menemui mayat bayi yang baru dilahirkan di dalam tong sampah ketika pekerja terbabit sedang mengutip sampah di kawasan rumah pangsa, Jalan Asby di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alias, berkata mayat bayi perempuan itu ditemui pada jam 11.30 pagi tadi oleh pekerja terbabit yang terus melaporkannya kepada pihak polis.

"Mayat bayi itu dipercayai baru dilahirkan dalam tempoh 24 jam dan telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi hari ini.

Azisman berkata, polis kini sedang mengesan ibu bayi berkenaan dan sehingga kini belum ada suspek yang ditahan.

Sehubungan itu, Azisman meminta kerjasama orang ramai yang mengetahui atau melihat kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh, di talian berikut 05-2451500 untuk membantu siasatan.
 
Sponsored Post

Uzyr R

Super Active Member
Joined
Jul 23, 2008
Messages
7,750
Reaction score
86
Points
70
ni keje org tak bertamadun..binatang pn tau sygkan anak..
 

erDrAg00n

Moderator
Joined
Dec 22, 2007
Messages
13,729
Reaction score
5
Points
120
pergh...
ada lagi kes macam nie...
huhuhuh...
sedihnya aku...
law xnak anak tu...
antala kat aku...
sungguh
 
Sponsored Post
Top
Log in Register