BTC USD 28,443.5 Gold USD 1,966.72
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mayat bayi baru lahir ditemui dalam kotak sampah

hiduprakyat

Super Active Member
gem
Messages
8,765
Joined
Dec 6, 2010
Messages
8,765
Reaction score
576
Points
121
Mayat bayi baru lahir ditemui dalam kotak sampah

FB_IMG_1675759689863.jpg

SERDANG: Mayat bayi perempuan dipercayai baru dilahirkan berbalut dengan kain dan diletakkan di dalam beg berwarna oren ditemui di dalam kotak sampah di hadapan sebuah rumah kebajikan di Lestari Perdana 1, Seri Kembangan, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner AA Anbalagan berkata, mayat yang berkulit cerah itu ditemui pekerja pengutip sampah daripada syarikat Waste Management pada jam 9.30 pagi tadi.

Menurutnya, anggota bertugas di bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang menerima panggilan telefon daripada sistem Mers 999 yang memaklumkan berlaku kes pembuangan bayi di lokasi kejadian pada jam 10.05 pagi.

“Mayat bayi dihantar ke hospital untuk bedah siasat.

“Siasatan masih diteruskan dan pihak polis mengalu-alukan jika ada sebarang maklumat mengenai kelahiran bayi terbabit boleh tampil ke mana-mana balai polis berdekatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register