BTC USD 19,830.7 Gold USD 1,708.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mayat Anggota Tentera India Di Temui Selepas 38 Tahun

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
35,919
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
35,919
Reaction score
4,629
Points
296
Awards
1
17.08.2022 - New Delhi, Mayat seorang anggota tentera India yang hilang di atas sebuah glasier di sempadan yang dipertikaikan dengan Pakistan, ditemui selepas 38 tahun. Unit pasukan tentera India menghantar gambar menerusi Twitter, memaparkan keranda memuatkan mayat Chander Shekhar yang dibalut dengan bendera India awal pagi tadi, dua hari selepas India menyambut ulang tahun Kemerdekaan Ke 75.

Menurut tentera India, Shekhar menyertai Operasi Meghdoot pada 1984 apabila India dan Pakistan berperang untuk tempoh yang singkat bagi menguasai Glasier Siachen, yang dikenali sebagai 'medan perang tertinggi di dunia'. Pada kedudukan lebih 5,486 meter dengan suhu boleh jatuh sehingga -50 darjah Celsius, Siachen adalah antara operasi ketenteraan yang paling mencabar di dunia.

Terletak di wilayah Ladakh di Himalaya, kawasan berkenaan sudah lama menjadi rebutan antara dua negara kuasa nuklear yang berjiran itu. Media tempatan melaporkan Shekhar adalah sebahagian daripada pasukan merangkumi 20 anggota yang terperangkap dalam ribut ais ketika melakukan rondaan. Sejumlah 15 mayat ditemui ketika itu tetapi lima lagi anggota gagal ditemui termasuk Shekhar, menurut laporan pihak tentera.

Upacara pengebumian bagi mendiang kini akan dilakukan dengan penghormatan penuh tentera di negeri Uttarakhand, di mana keluarga beliau kini menetap. Anak perempuannya, yang berusia empat tahun ketika bapanya hilang, berkata keluarganya kini mendapat kepastian mengenai nasib ketua keluarga itu.

"Dia sudah lama pergi... Papa sudah kembali tetapi saya kecewa dia tidak bernyawa lagi," katanya yang dipetik akhbar Hindustan Times.

Berdekad selepas pertempuran pertama bagi Siachen, India dan Pakistan masing-masing terus mengekalkan kehadiran tentera di kawasan sempadan yang jauh terpencil.​

1660731201160.png
 
Sponsored Post

rinoa99

Legendary Member
gem
Messages
10,736
Top Poster #1
Joined
Jun 5, 2022
Messages
10,736
Reaction score
1,526
Points
191
Perang merebut glasier
 
Sponsored Post

Top
Log in Register